E-Wallet MyKasih 2025 – senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan ini telah diumumkan sebagai rujukan kepada masyarakat. Program MyKasih, yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Belanjawan 2025, bertujuan untuk memberikan sokongan kepada golongan yang memerlukan dalam negara ini.
Melalui inisiatif ini, bantuan kewangan disalurkan kepada individu dan keluarga yang layak secara berperingkat sepanjang tahun 2025.
PROGRAM E-WALLET MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih telah dikreditkan secara berperingkat bermula dari 15 Januari hingga Disember tahun ini. Pengagihan ini merangkumi tiga kategori penerima, termasuk individu bujang, keluarga, dan warga emas.
Kadar bantuan yang diberikan adalah antara RM450 hingga RM2,100 setahun, bergantung kepada kelayakan penerima. Ini memberikan peluang kepada mereka untuk memenuhi keperluan asas harian mereka.
Senarai barangan yang layak untuk dibeli menggunakan ewallet MyKasih termasuk makanan, keperluan rumah, dan perkhidmatan asas. Penggunaan ewallet ini memberikan kemudahan kepada penerima untuk memilih barangan yang diperlukan tanpa perlu menjalani proses pembelian secara tunai.
Dengan ini, program ini bukan hanya meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan kewangan, tetapi juga menjamin hak asasi setiap individu untuk menerima bantuan yang sewajarnya.
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025 YANG BOLEH DIBELI
Untuk makluman umum, dibawah adalah merupakan jenama yang boleh dibeli menggunakan insentif mykasih 2025 :
- Beras : Jasmine, Jati, Royale umbrella, ketupat, super 5, rambutan, saga, bernas, faiza
- Telur : Nutri plus, QL eggs, CP
- Roti : Massimo, Gardenia, Mighty white
- Minyak Masak : Saji, seri murni, alif, buruh, daisy,vesawit
- Tepung : Lili, Sauh, faiza, cap ros, blue key
- Mi Segera : Mamee, maggi, mie sedap, indomie, cintan, eka
- Barangan sekolah : Stabilo, fasber castell, canggih, bata
Nota : Diatas adalah sebahagian barangan yang boleh dibeli menggunakan amaun bantuan MyKASIH 2025. Terdapat pelbagai lagi jenama yang boleh dibeli, pembelian boleh dibuat di mana-mana pasaraya berdaftar seluruh Malaysia.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN E-WALLET MYKASIH 2025
Jika anda merupakan sebahagian penerima STR, semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif ini boleh dibuat secara online. Untuk semakan status sila kunjungi laman rasmi – MyKASIH 2025
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.