E-Tunai : Pemberian Tambahan RM100 dalam bentuk kredit akan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dalam kategori dewasa. Untuk makluman, inisiatif istimewa e-tunai ini akan dilaksanakan tidak lama lagi.
E-TUNAI : PEMBERIAN TAMBAHAN RM100
Seperti sedia maklum, sebelum ini bantuan e-tunai telah dilancarkan yang dikenali sebagai ebelia rahmah. Menerusi insentif tersebut, kredit bernilai RM200 diberikan secara percuma kepada golongan mahasiswa.
Perlaksanaan program khas tersebut telah dilakukan pada bulan Jun sehingga Ogos lalu yang melibatkan golongan belia dan mahasiswa sahaja. Atas dasar keprihatinan, kerajaan telah mengumumkan satu lagi bantuan e-tunai yang diberikan kepada kategori dewasa pula.
Pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa kredit e-Tunai RM100 akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Mereka yang berumur 21 tahun keatas layak mendapatkan bantuan ini.
KELAYAKAN E-TUNAI TAMBAHAN RM100
Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan e-tunai khas ini seperti :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun dan keatas
- Golongan dewasa dari kumpulan B40 dan M40
- Pendapatan setahun – Di bawah RM100,000.
CARA TEBUS KREDIT E-TUNAI
Untuk makluman umum, cara tebus kredit e-tunai RM100 ini berkemungkinan akan dilakukan sama seperti eBeliaRahmah 2023. Dimana setiap individu yang berkelayakan boleh tebus kredit melalui aplikasi edompet seperti Touch N Go ewallet, Grab pay dan sebagainya.
TARIKH PERLAKSANAAN PEMBERIAN E-TUNAI TAMBAHAN
Kerajaan telah memaklumkan bahawa pemberian e-tunai RM100 ini akan mula dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Dimana akan mula dilancarkan seawal bulan Oktober selewat-lewatnya bulan Disember nanti.
Dijangkakan insentif tambahan berbentuk bantuan e-tunai ini akan dilaksanakan tidak lama lagi. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.
MAKLUMAT LANJUT
Sementara menunggu bantuan e-tunai, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang masih disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas.
Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.