Dapatkan Kredit SARA RM100 secara percuma pada bulan Ogos ini untuk semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. SARA adalah inisiatif yang bertujuan untuk membantu individu dalam merancang kewangan mereka dengan lebih baik.
Bagi anda yang berumur 18 tahun ke atas, anda kini berpeluang untuk mendapatkan kredit SARA RM100 secara percuma. Ini adalah satu peluang yang tidak harus dilepaskan, terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan tambahan.
DAPATKAN TAMBAHAN KREDIT SARA RM100
Baru-baru ini Perdana Menteri telah umum perlaksanaan bayaran kredit tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Apa yang menarik adalah semua peringkat usia diatas 18 tahun akan menerima tanpa perlu memohon.
Semua individu yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk dapatkan Kredit SARA ini tanpa melihat pendapatan gaji bulanan. Pengkreditkan akan dilaksanakan secara automatik ke dalam mykad setiap individu bermula 31 Ogos 2025.
Kredit SARA ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara. Lebih 4,100 premis runcit melibatkan lebih 90,000 barangan keperluan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA.
Bagi penerima isi rumah, pada bulan Ogos ini mereka akan menerima bayaran SARA RM200 dengan tambahan RM100 suami dan RM200 isteri. Ini melibatkan jumlah bayaran yang akan dikreditkan sebanyak RM400.
Dengan adanya pemberian sumbangan asas rahmah ini diharapkan dapat meringankan beban sesebuah keluarga atau individu. Untuk cek status bantuan SARA anda, sila kunjungi laman portal rasmi – https://www.mykasih.com.my/
Untuk makluman umum, pemberian kredit RM100 SARA ini diberikan secara one-off. Pada bulan berikutnya akan disalurkan pada kadar asal mengikut setiap kategori sehingga Disember 2025.
Kepada yang terlepas pandang, pada bulan Ogos nanti bakal disalurkan satu lagi bantuan kewangan kepada rakyat. Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dikreditkan selewatnya penghujung bulan Ogos.
Segala maklumat terkini berkenaan bantuan STR dan SARA akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.
LEBIH INFO BANTUAN
Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan khusus meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai panduan semua.