Daftar PADU 2024 atau dikenali sebagai Pengkalan Data Utama komprehensif adalah merupakan sebuah sistem yang diperkenalkan oleh kerajaan. Untuk makluman, terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang telah disediakan dalam kemudahan ini.
DAFTAR PADU 2024
Pihak kerajaan di bawah Kementerian Ekonomi Malaysia telah memperkenalkan sistem pengkalan data utama (PADU) pada tahun ini. Ia merupakan sebuah sistem pengkalan simpanan data peribadi pengguna yang digabungkan menerusi sekitar 200 pengkalan data kerajaan dan swasta.
Sistem PADU ini ditubuhkan oleh kerajaan perpaduan berobjektifkan untuk menyimpan rekod data maklumat peribadi warganegara Malaysia. Dengan adanya sistem khas ini juga bagi memastikan kesemua data yang didaftarkan dan direkodkan dalam keadaan selamat dan kemprehensif.
MANFAAT DAFTAR PADU 2024
Terdapat banyak manfaat dan kelebihan yang boleh didapatkan jika anda daftar dan kemaskini maklumat dalam sistem PADU ini. Antaranya seperti inisiatif bantuan, perlindungan sosial dan subsidi secara langsung atau tidak langsung akan menerima.
Ramai yang berpendapat pengenalan sistem ini tidak perlu, namun berdasarkan perincian sistem PADU ini lebih memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan B40. Kemudahan seperti ini adalah untuk jangka masa panjang untuk memudahkan urusan rakyat.
PANDUAN DAFTAR & KEMASKINI PADU
Pendaftaran dan kemaskini maklumat dalam sistem padu ini boleh dilakukan oleh setiap warganegara Malaysia dan permastautin tetap. Ianya cukup mudah dengan hanya mengisi maklumat peribadi yang diperlukan.
Untuk pengetahuan, pendaftaran dan kemaskini PADU boleh dilakukan sekarang sehingga 31 Mac 2024. Panduan lengkap cara daftar telah disediakan, sila rujuk langkah-langkah untuk daftar seperti di bawah :
- Langkah pertama, sila layari laman rasmi PADU – DI SINI
- Tekan pada butang “Daftar Sekarang”
- Setiap individu perlu butiran maklumat pengguna dengan benar dan lengkap pada ruangan yang telah disediakan
- Kemudian anda perlu sahkan akaun yang didaftar menggunakan kod (OTP) yang diterima oleh pengguna
- Sila ikuti arahan yang telah disediakan sehingga selesai pendaftaran dilakukan.
Setelah berjaya mendaftar, pengguna boleh kemaskini maklumat pada bila-bila masa secara online melalui portal rasmi PADU. Semoga dengan adanya kemudahan sistem seperti ini dapat lebih membantu memudahkan urusan masyarakat.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.