BANTUANeTunaiKerajaan

Bantuan Kewangan RM100 – RM300 : Untuk Kategori B40 & M40

Bantuan kewangan RM100 – RM300 akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada kategori B40 & M40. Baru-baru ini Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan 2 jenis bantuan yang akan diberikan kepada rakyat.

BANTUAN KEWANGAN RM100 – RM300

Pada sidang pembentangan ekonomi Madani, Menteri kewangan telah memperkenalkan dua jenis bantuan yang akan diberikan kepada seluruh rakyat yang berkelayakan. Bantuan kewangan RM100 – RM300 akan diberikan dalam masa yang terdekat.

Atas dasar keprihatinan kerajaan perpaduan pada tahun ini, pelbagai jenis kemudahan dan insiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan. Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bantuan baru iaitu kredit e-tunai RM100 dan bantuan khas penghargaan RM200 dan RM300.

KREDIT E-TUNAI

Sebelum ini pada bulan Jun lalu, bantuan edompet belia rahmah telah dilaksanakan kepada golongan belia dan mahasiswa yang melibatkan kadar bantuan RM200 seorang. Semalam satu lagi inisiatif yang telah diperkenalkan iaitu bantuan kredit e-tunai bernilai RM100.

Kredit e-tunai ini ditawarkan kepada golongan berpendapatan RM100,000 setahun. Ini bermakna golongan yang berada dalam kategori B40 & M40 layak untuk mendapatkan insentif khas ini.

Peruntukan sekitar RM1 bilion akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta rakyat yang terdiri dari kategori dewasa B40 dan M40. Dengan adanya insentif khas ini dapat meringankan beban rakyat yang memerlukan.

BANTUAN KHAS PENGHARGAAN

Terdapat satu lagi inisiatif yang diperkenalkan pada pembentangan ekonomi Madani iaitu bantuan khas penghargaan. Bantuan ini menawarkan kadar bernilai RM200 dan RM300 kepada mereka yang berkelayakan seperti berikut :

  • RM300 : Dikreditkan kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta lantikan kontrak
  • RM200 : Dikreditkan kepada pesara kerajaan, penerima pencen terlibat, pesara KWSP dan veteran

Menerusi pemberian bantuan khas penghargaan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta penjawat awam dan lebih 1 juta pesara. Untuk makluman, bantuan-bantuan sebelum ini telah diumumkan pada sidang – BELANJAWAN 2023

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini khusus untuk golongan B40 dan miskin tegar. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button