Pemberian Bantuan SARA One-Off : Semak Kelayakan
Pemberian Bantuan SARA One-Off : Bantuan kerajaan ini adalah inisiatif untuk membantu golongan B40 yang terkesan. Kategori kelayakan untuk bantuan ini adalah terbuka kepada penerima dari golongan B40 dan bukan miskin tegar.
PEMBERIAN BANTUAN SARA ONE-OFF
Perlaksanaan inisiatif khas ini adalah langkah positif bagi memastikan kesejahteraan sosioekonomi rakyat. Kelayakan untuk menerima bantuan one-off ini adalah berstatus ‘bukan’ miskin atau miskin tegar.
Bagi mereka yang tergolong dalam kategori B40, pembayaran bantuan sara sebanyak RM150 dan RM300 akan diberikan secara berperingkat. Kerajaan berharap inisiatif ini dapat memenuhi keperluan asas mereka yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan dalam situasi yang mencabar ini.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA ONE-OFF
Pembayaran bantuan sara ini dijadualkan akan dilaksanakan bermula pada 9 Disember 2024. Proses pembayaran akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan semua penerima dapat merasai manfaat daripada inisiatif ini tanpa sebarang kekusutan.
Untuk makluman, semua penerima diminta untuk sentiasa berwaspada dan menunggu maklumat lanjut mengenai proses pengagihan bantuan SARA ini. Kadar jumlah bayaran Sumbangan Asas Rahmah One-off ini adalah seperti berikut mengikut kategori :
- Isi rumah : RM300
- Bujang : RM150
- Warga emas : RM150
Nota : Kaedah pembayaran adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima. Bagi yang tiada kad bank, bantuan boleh ditebus secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAK STATUS KELAYAKAN SARA ONE-OFF
Sekiranya anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan status sama ada layak atau tidak boleh dibuat secara online. Ikuti panduan langkah semakan disediakan dibawah :
- Sila layari laman portal rasmi MySARA – https://www.mykasih.com.my/
- Klik butang ‘Semak Status’
- Masukan maklumat yang diperlukan
- Masukan kata laluan yang telah anda tetapkan
- Klik pada bahagian Semakan permohonan
- Status bayaran Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan (jika layak)
- Selesai.
Pembayaran bantuan ini akan disalurkan pada awal bulan hadapan iaitu 9 Disember 2024 secara menyeluruh.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan, program dan inisiatif bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada sepanjang tahun dan layak untuk didapatkan – RUJUK DISINI untuk info lengkap.