BANTUANFASA 3STR

Rasmi : Bayaran STR Fasa3 Dikreditkan Selewet-lewatnya Minggu Depan

Rasmi : Bayaran STR fasa3 akan dikreditkan selewat-lewatnya pada minggu depan sebelum menyambut raya aidiladha. Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pemberian Sumbangan Tunai Rahmah fasa ketiga akan diagihkan sebelum hari khamis hadapan bersamaan 29 Jun.

RASMI : BAYARAN STR FASA3

Seperti sedia maklum, pembayaran bantuan tunai STR fasa (3) ini akan dikreditkan secara berperingkat kepada penerima sedia ada. Kadar jumlah adalah dari RM150 sehingga RM800, jumlah bergantung kepada kategori kelayakan.

Amaun bayaran fasa ketiga adalah lebih tinggi berbanding fasa pertama dan fasa kedua yang telah selesai dibayar pada bulan Januari dan April lalu. Kategori yang akan terlibat dalam bayaran minggu hadapan adalah bujang, warga emas dan isi rumah (keluarga).

KATEGORI TIDAK TERIMA BAYARAN

Terdapat 1 kategori yang tidak akan terima bayaran STR fasa3 iaitu isi rumah pendapatan bulanan RM2,501 – RM5,000 yang tiada tanggungan anak. Selain daripada kategori ini, semua akan menerima manfaat insentif khas yang dijadualkan dibayar sebelum raya haji.

Kaedah pengagihan bayaran telah ditetapkan iaitu secara pengkreditan terus ke dalam akaun dan tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank.

JADUAL BAYARAN 

Rasmi : bayaran STR fasa3 dijadualkan akan diberikan secara berperingkat selewat-lewatnya sebelum hari raya korban iaitu pada.

  • Sebelum tarikh 29 Jun 2023 (khamis)

BANTUAN SARA (STR TAMBAHAN)

Atas dasar keprihatinan kerajaan telah menawarkan bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bernilai RM600. Kategori yang layak menerima bantuan ini adalah golongan isi rumah miskin tegar melalui data e-kasih.

Kepada mereka yang layak, inisentif bantuan bakul dan baucar makanan asas akan diberikan. Pengkreditkan RM100 akan dimasukan ke dalam kad pengenalan setiap bulan selama 6 fasa sehingga Disember 2023.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR

Kepada penerima sedia ada sumbangan tunai rahmah, kalian kini boleh membuat semakan status bayaran secara dalam talian. Sila layari laman web rasmi bantuan tunai MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada pertengahan tahun ini, kerajaan telah menawarkan pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button