PPRRUMAH

Perumahan PPR 2024 : Panduan Permohonan & Syarat Kelayakan

Perumahan PPR 2024 : Inisiatif istimewa ini diteruskan pada tahun ini bagi membantu golongan yang memerlukan memiliki rumah sendiri. Di halaman kali ini dikongsikan maklumat ringkas, syarat kelayakan dan panduan daftar permohonan bagi program PPR.

PROGRAM PERUMAHAN PPR TAHUN 2024

Untuk makluman umum, projek perumahan rakyat (PPR) adalah merupakan salah satu inisiatif program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Dengan adanya program seperti ini membantu penempatan semula kawasan setinggan serta memenuhi perumahan yang selesa untuk rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Program khas ini dilancarkan di seluruh Malaysia yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Kementerian Perumahan dan Lembaga Perumahan Negara. Pihak ini merupakan agensi rasmi penyelaras utama dibawah seliaan kerajaan pusat.

KATEGORI PERUMAHAN PPR 2024

Melalui program istimewa rumah PPR ini, pihak kerajaan telah menyediakan 2 kategori yang boleh dimohon. Pertama adalah PPR untuk disewa dan kedua adalah PPR untuk dimiliki, pemohon boleh membuat pilihan selagi menepati kelayakan.

RUMAH PPR UNTUK DIMILIKI

Kadar nilai seunit rumah bagi kawasan semenanjung Malaysia adalah RM35,000 dan untuk kawasan Sabah dan Sarawak pula adalah seunit RM42,000.

RUMAH PPR UNTUK DISEWA

Pelaksanaan program PPR untuk disewa ini telah diperkenalkan pada Februari 2002, ianya bagi memberi kemudahan dan kediaman yang selesa kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Kadar sewaan yang dikenakan adalah hanya serendah RM124 sebulan.

KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN PPR

Beberapa kriteria syarat kelayakan bagi memohon projek perumahan rakyat telah ditetapkan seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja (Pemohon dan pasangan)
  • Individu berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah sebulan tidak melebihi RM3,000
  • Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah
  • Menepati dan memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

PANDUAN PERMOHONAN PERUMAHAN PPR

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, anda disarankan kemukakan permohonan selagi projek PPR masih dijalankan kerana rumah adalah aset penting bagi setiap keluarga. Panduan lengkap cara daftar dan mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi – TEDUH KPKT

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada waktu ini dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button