BANTUANBWEKebajikan Sosial

BWE : Kadar Bantuan Dinaikkan Kepada RM600 Sebulan

BWE : Kadar bantuan dinaikkan – Program Bantuan Warga Emas (BWE) adalah satu inisiatif penting yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada warga emas yang memerlukan.

Melalui bantuan bulanan ini, diharapkan dapat meringankan beban kehidupan mereka yang kurang berkemampuan.

BWE : KADAR BANTUAN DINAIKKAN

Pada sidang Belanjawan 2025, Kementerian Kewangan telah mengumumkan berita baik mengenai kadar bayaran bantuan BWE dinaikkan kepada RM600 sebulan. Jumlah ini merupakan peningkatan daripada RM500 sebulan yang diperoleh sebelum ini.

Kenaikan ini diharapkan dapat membantu warga emas yang semakin berhadapan dengan pelbagai cabaran kewangan dan meningkatkan taraf hidup mereka. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion untuk program bantuan ini, yang pastinya akan memberi manfaat kepada ramai warga emas yang memerlukan.

Dengan peruntukan yang lebih tinggi, diharapkan lebih ramai individu yang layak dapat menikmati bantuan ini dan memperbaiki kehidupan mereka. Program BWE bukan hanya membantu dari segi kewangan, tetapi juga mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kebajikan masyarakat, terutamanya golongan warga emas.

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut ;

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan keatas
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
  • Bukan penerima bantuan JKM yang lain
  • Tidak menetap di mana-mana institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian yang menyediakan kemudahan asas.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BWE

Kepada yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun untuk mendapatkan manfaat yang disediakan. Untuk panduan lengkap, sila layari laman web rasmi – eBantuan JKM (BWE) sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button