BANTUANBUDIPelajar

BUDI : Pemberian Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Tahun 2023

BUDI : Pemberian Bantuan Tunai pendaftaran IPT adalah merupakan salah satu inisiatif yang disediakan pada tahun ini. Untuk makluman, permohonan bantuan khas ini boleh dikemukakan oleh mereka yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan.

BUDI : PEMBERIAN BANTUAN TUNAI KHAS

Bagi pengetahuan umum, kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai bantuan tunai pendaftaran institusi pengajian tinggi (BUDI). Pemberian insentif tambahan ini ditawarkan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT serta pelajar sekolah yang berkelayakan.

Tujuan utama insentif ini diperkenalkan adalah bagi membantu meringankan beban mereka untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Program BUDI ini adalah bantuan yang diberi keutamaan kepada golongan belia (pelajar) dalam kumpulan keluarga B40 dan M40.

Pada tahun 2023, insentif ini masih terus dilaksanakan sehingga penghujung tahun dengan sasaran diberikan kepada sekitar 6,000 pelajar. Pemohon yang kali pertama masuk ke IPT di seluruh negara secara sepenuh masa yang diiktiraf kerajaan diberi keutamaan.

KADAR PEMBERIAN BANTUAN TUNAI BUDI

Berikut adalah jenis kategori jumlah kadar bantuan BUDI yang diberikan kepada mereka yang layak memohon seperti di bawah :

  • Ijazah Sarjana Muda – RM2,000
  • Foundation, Diploma, Matrikulasi – RM1,500

Info : Untuk permohonan bantuan tunai pendaftara IPT (BUDI) ini dibuka sepanjang tahun ini. Mereka yang layak akan diberikan insentif mengikut jumlah bantuan secara sekaligus (One-off).

KELAYAKAN BANTUAN TUNAI BUDI

Syarat-syarat kelayakan permohonan bantuan BUDI telah ditetapkan oleh pihak berwajib seperti di bawah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berasal dari negeri Sabah (Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/ IPTS) sepenuh masa
  3. Berusia tidak melebihi 25 tahun
  4. Keluarga (Ibu bapa) berada dalam kumpulan B40 atau M40
  5. Salah satu (Ibu atau bapa) wajib merupakan anak kelahiran Sabah
  6. Insentif berjumlah RM1,500 untuk kelulusan Diploma, foundation atau matrikulasi
  7. RM2,000 untuk kelulusan Ijazah sarjana muda.

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Kepada pelajar yang berada dalam keluarga kurang berkemampuan dan berkelayakan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi Program BUDI – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat Malaysia pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button