BLP : Bantuan Khas RM200 Sebulan Untuk Warga Malaysia
BLP : Bantuan Khas RM200 sebulan kini disediakan kepada warganegara Malaysia yang menepati kelayakan dan memerlukan. Untuk sedia maklum, inisiatif istimewa ini merupakan senarai bantuan dibawah Belanjawan 2023.
BLP : BANTUAN KHAS RM200 SEBULAN
Kerajaan perpaduan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menawarkan pelbagai jenis insentif dalam skim bantuan kebajikan. Antara program inisiatif yang boleh disertai adalah Bantuan Latihan Perantis atau lebih dikenali sebagai BLP.
Program khas BLP ini dibuka kepada mereka yang tidak bekerja, sedang menggangur, anak-anak penerima bantuan yang tercicir dan bekas pelatih/ penghuni institusi kebajikan. Dengan adanya insentif tambahan seperti ini dapat meringankan beban mereka yang terlibat.
Tujuan utama perlaksanan program BLP ini masih diteruskan adalah untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. Kadar bayaran bantuan latihan perantis ini adalah RM200 seorang setiap bulan.
KELAYAKAN MOHON BANTUAN KHAS BLP RM200
Berikut adalah senarai syarat kelayakan yang telah ditetapkan pihak JKM bagi mendapatkan manfaat dari bantuan khas BLP RM200 ini seperti dibawah :
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
- Golongan memerlukan
- Anak kepada penerima bantuan atau bekas pelatih/ penghuni dari mana-mana institusi kebajikan dalam negara
- Kes-kes seliaan akhlak
- Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat.
PANDUAN CARA DAFTAR BANTUAN KHAS BLP
Kepada yang memerlukan dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat dari inisiatif BLP ini. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan BLP – DI SINI
Setiap permohonan yang telah didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (Means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada individu yang mohon. Untuk memudahkan urusan semakan permohonan, pemohon perlu sediakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan perpaduan. Perkara ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat terutama yang berada dalam golongan B40 dan miskin.
Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info maklumat lengkap.