Bingkas : Bantuan E-Wallet RM300 sebulan kini ditawarkan untuk kumpulan B40 yang berkelayakan pada tahun ini. Bagi makluman, inisiatif khas ini boleh dimohon oleh golongan berpendapatan dibawah RM,300 sebulan.
BINGKAS : BANTUAN E-WALLET RM300 SEBULAN
Pelbagai inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenal dan diberikan kepada rakyat yang memerlukan pada tahun ini. Salah satu inisiatif yang boleh dimohon adalah bantuan Kehidupan Sejahtera atau dikenali sebagai BINGKAS.
Menerusi program istimewa ini, pemohon yang layak akan menerima bantuan dalam bentuk e-wallet bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Pemberian bantuan bulanan ini diberi keutamaan kepada isi rumah yang mempunyai tanggungan anak.
Tujuan utama perlaksanaan insentif ini adalah bagi membantu meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Dengan adanya inisiatif ini, amaun RM300 sebulan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.
SYARAT PENDAFTARAN BANTUAN E-WALLET BINGKAS RM300
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi pendaftaran permohonan bantuan khas RM300 ini seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan
- Keluarga mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Lahir di Selangor atau telah menetap di negeri tersebut melebihi 10 tahun
CARA MOHON BANTUAN E-WALLET
Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan bantuan boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi Bingkas – DI SINI
Untuk memudahkan urusan proses semakan permohonan dilakukan, pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika ada)
- Salinan kad pengenalan/ mykid/ surat lahir anak/ tanggungan
- Salinan slip/ penyata gaji untuk penjawat awam
- Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
- Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
- Dokumen lain yang berkaitan
MAKLUMAT LANJUT
Selain itu, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat terutama yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.