STRSumbanganTunaiRahmah

Bayaran STR Fasa Berikutnya : Dikreditkan Bulan Ogos Ini

Bayaran STR Fasa Berikutnya akan dikreditkan secara menyeluruh pada bulan Ogos ini kepada mereka yang terlibat. Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN BAYARAN STR FASA BERIKUTNYA (3)

Dalam usaha kerajaan Malaysia bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat, program Sumbangan Tunai Rahmah telah dilaksanakan yang memasuki tahun kedua. Untuk sedia maklum, pada tahun ini lebih dari 9 juta penduduk Malaysia menerima manfaat dari pemberian STR.

Bantuan tunai STR ini diberikan khusus kepada golongan sasar, B40 dan M40 dari kategori bujang, warga emas dan isi rumah. Kadar bayaran yang diberikan adalah berbeza mengikut kelayakan kategori dan bilangan tanggungan anak.

Seperti sedia maklum, pembayaran STR dua fasa sebelum ini telah selesai dibayar pada bulan Januari dan April lalu. Bagi bayaran STR fasa berikutnya akan dikreditkan pada bulan hadapan iaitu Ogos 2024.

KADAR BAYARAN STR FASA BERIKUTNYA

Berdasarkan tahun lalu, pemberian STR fasa ketiga dikreditkan sehingga RM800 kepada isi rumah. Bagi tahun ini kadar bayaran akan dimaklumkan sebelum tarikh pengkreditan diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Bagi jumlah keseluruhan STR tahun ini, kadar telahpun ditetapkan mengikut kategori kelayakan seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH DARI KUMPULAN B40

  • RM1,000 – Untuk isi rumah tiada anak (0)
  • RM1,500 – Untuk isi rumah mempunyai anak (1-2)
  • RM2,000 – Untuk isi rumah mempunyai anak (3-4)
  • RM2,500 – Untuk isi rumah mempunyai anak (5 dan lebih)

ISI RUMAH DARI KUMPULAN M40

  • RM500 – Untuk isi rumah tiada anak (0)
  • RM750 – Untuk isi rumah mempunyai anak (1-2)
  • RM1,000 – Untuk isi rumah mempunyai anak (3-4)
  • RM1,250 – Untuk isi rumah mempunyai anak (5 dan lebih)

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • RM350 – Untuk belia bujang berumur 21 tahun dan keatas
  • RM600 – Untuk warga emas tiada pasangan 60 tahun dan keatas

SEMAKAN BAYARAN STR MENGIKUT FASA

Kepada setiap penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah 2024, kalian boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa. Berikut adalah panduan cara untuk membuat semakan :

  1. Layari portal rasmi – MySTR 2024
  2. Tekan log masuk di laman utama STR
  3. Sila masukan nombor kad pengenalan pemohon
  4. Masukkan kata laluan yang telah ditetapkan
  5. Klik butang semakan status.

Maklumat yang akan dipaparkan pada skrin adalah :

  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran (mengikut fasa semasa).

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila cek senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button