BANTUANBantuan SosialSTR

Bayaran STR Fasa 3 Mula Dikreditkan Kepada Penerima Baru

Bayaran STR Fasa 3 kini mula dikreditkan hari ini kepada penerima baru dan rayuan di seluruh Malaysia. Proses ini diharapkan dapat memberikan bantuan kewangan yang diperlukan bagi meringankan beban hidup rakyat, terutamanya pada saat-saat yang mencabar.

Bayaran STR Fasa 3

Penerima baharu dan mereka yang telah membuat rayuan layak menerima bayaran STR Fasa 3. Kategori penerima termasuk isi rumah, warga emas dan individu bujang tertentu yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Oleh itu, masyarakat digalakkan untuk menyemak kelayakan mereka agar tidak terlepas daripada bantuan ini. Pembayaran bantuan tunai STR bagi kategori ini mula dikreditkan mulai 18 September 2024 secara berperingkat.

Untuk pengetahuan umum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah keseluruhan bagi sesi 2024 adalah berjumlah sehingga RM2,500. Bantuan disalurkan secara berperingkat pada bulan Januari, April, Ogos dan November 2024.

Kadar Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori

Berikut adalah kadar jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah yang dikreditkan bagi fasa 3 mengikut kategori :

Kategori Isi Rumah

  • RM150 – RM650 : Kumpulan B40 (Kadar ditentukan mengikut bilangan anak)
  • RM150 – RM300 : Kumpulan M40 (Kadar ditentukan mengikut bilangan anak)

Kategori Bujang & Warga emas

  • RM50 : Belia bujang
  • RM150 : Warga emas.

Nota : Setiap fasa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah adalah melibatkan kadar bantuan yang berbeza. Jumlah ditentukan mengikut kategori penerima dan bilangan anak.

Semakan Status Bayaran STR Fasa 3

Untuk memastikan status bayaran STR Fasa 3, penerima boleh melayari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2024. Selain itu, maklumat lanjut mengenai cara permohonan dan prosedur untuk membuat rayuan juga boleh didapati di situ.

Pastikan anda memberikan maklumat yang tepat dan lengkap agar proses bayaran berjalan dengan lancar. Untuk makluman semua, bayaran STR fasa berikutnya iaitu fasa 4 akan disalurkan pada bulan November nanti.

Maklumat Lanjut

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan bagi mengurangkan beban rakyat terutama golongan sasar. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info selengkapnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button