Bayaran SARA Bulan Oktober ini telah mula dikreditkan secara berperingkat ke dalam mykad setiap penerima yang layak.
BAYARAN SARA BULAN OKTOBER
Seperti sedia maklum Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan salah satu inisiatif bantuan dibawah Belanjawan 2025. Pemberian insentif khas SARA ini dikreditkan secara berperingkat setiap bulan sehingga Disember.
Kategori yang terlibat adalah bujang, isi rumah dan warga emas dari golongan B40, miskin dan miskin tegar. Kadar jumlah bayaran SARA adalah mencecah sehingga RM2200 setahun termasuk bayaran RM100 one-off Ogos lalu.
Untuk makluman umum, pengagihan bayaran SARA bagi bulan Oktober telahpun dikreditkan ke dalam mykad. Amaun tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya terpilih seluruh negara.
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SARA
Bagi pengetahuan umum, SARA tidak memerlukan sebarang permohonan. Kelayakan menerima bantuan SARA adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia.
- Merupakan Penerima STR 2025.
- Berumur 21 tahun keatas.
- Berada dalam kelompok B40, Miskin dan miskin tegar.
- Kategori bujang, isi rumah dan warga emas.
- Pendapatan dibawah RM5,000 sebulan.
KADAR BAYARAN SARA OKTOBER MENGIKUT KATEGORI
Kepada yang terlepas pandang, berikut dikongsikan kadar bayaran SARA yang diterima setiap kategori bulan Oktober 2025 :
KATEGORI ISI RUMAH
- Berstatus golongan B40 / Bukan miskin : RM100.
- Berstatus golongan miskin / miskin tegar : RM200.
WARGA EMAS
- Berstatus golongan B40 / Bukan miskin : RM50.
- Berstatus golongan miskin / miskin tegar : RM150.
KATEGORI BUJANG
- Berstatus golongan B40 / Bukan miskin : RM0.
- Berstatus golongan miskin / miskin tegar : RM50.
Kadar bayaran diatas dikreditkan pada awal bulan Oktober dan akan dicampur dengan baki bantuan bulan sebelum yang tidak digunakan.
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA
Rakyat Malaysia boleh membuat semakan status bayaran dan pengemaskinian maklumat jika terdapat sebarang perubahan. Untuk semak sila layari laman portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah di https://www.sara.gov.my/
Penerima bantuan ini disarankan untuk menggunakan manfaat yang diberikan secara percuma kerana amaun yang tidak digunakan dalam tempoh setahun akan luput.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk di halaman utama!