BANTUANFasa 1STR

Bayaran Bantuan Tunai STR Fasa 1 (RM150, RM300 & RM500)

Bayaran Bantuan Tunai STR – Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 kini ditetapkan bermula 22 Januari ini. Bayaran bantuan tunai ini termasuk jumlah RM150, RM300, dan RM500, dan ia akan disalurkan secara berperingkat kepada rakyat Malaysia yang layak.

Ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kewangan rakyat, terutamanya dalam situasi ekonomi yang mencabar pada tahun ini.

PEMBERIAN BAYARAN BANTUAN TUNAI STR

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa pertama akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM2.3 bilion yang merupakan kadar tertinggi berbanding tahun lalu. Bayaran (STR) ini akan dilakukan kepada penerima yang telah pun memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Penerima yang layak perlu tahu tentang jumlah bayaran yang akan mereka terima. Ini adalah sebagai langkah proaktif memastikan bahawa bantuan ini sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Oleh itu, penting untuk memastikan maklumat peribadi dan kelayakan anda sentiasa dikemaskini dalam sistem. Kadar jumlah bayaran STR Fasa 1 mengikut kategori kelayakan adalah seperti dibawah :

  • Belia bujang : RM150
  • Warga Emas : RM150
  • Isi rumah B40 : RM500
  • Isi rumah M40 : RM150 – RM300.

CARA SEMAK STATUS BAYARAN STR

Bagi mereka yang bimbang terlepas pandang pembayaran ini, Kementerian Kewangan juga telah menyediakan platform dalam talian untuk menyemak status bayaran. Anda boleh mengunjungi laman web rasmi – MySTR 2025 dan memasukkan maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan kemas kini tentang pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Ini memberikan ketenangan fikiran kepada rakyat, memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk menerima bantuan yang telah diumumkan. Untuk sedia maklum, pembayaran STR fasa berikutnya dijangka akan disalurkan sebelum sambutan raya aidilfitri.

Segala maklumat berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sesi 2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan masyarakat.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info selengkapnya.

Related Articles

Back to top button