BANTUANSkim MesraYAWAS

Rasmi : Pemberian Skim Mesra RM150 Untuk Mereka Yang Layak

Rasmi : Pemberian Skim Mesra bernilai RM150 boleh dimohon oleh rakyat yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Inisiatif khas ini telah diperkenalkan pada tahun ini bagi membantu mengurangkan beban mereka yang memerlukan.

RASMI : PEMBERIAN SKIM MESRA RM150

Untuk makluman umum, atas dasar keprihatian kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan Skim Mesra (SMUE) pada tahun ini. Perlaksanaan program bantuan ini adalah bagi membantu meringankan beban kumpulan sasar.

MANFAAT PEMBERIAN SKIM MESRA

Untuk sedia maklum, skim mesra menawarkan 2 inisiatif istimewa iaitu baucar beli belah bernilai RM150 dan bantuan khairat kematian RM500. Dibawah adalah manfaat yang boleh didapatkan dalam skim bantuan khas ini.

BAUCAR BELI-BELAH RM150

  1. Baucar bernilai RM150 diberikan kepada ahli setiap tahun
  2. Baucar boleh digunakan di pasaraya yang ditetapkan
  3. Kehilangan baucar atau telah hilang dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti
  4. Tuntutan baucar selepas kematian tidak dibenarkan
  5. Baucar boleh dituntut dengan menggunakan kad pengenalan asal, hadir di pusat khidmat DUN
  6. Sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info

BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN RM500

  1. Tuntutan insentif khairat kematian boleh dilakukan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
  2. Tertakluk kepada kematian, bermula 1 Januari 2021
  3. Sekiranya si mati boleh didaftarkan di bawah skim mesra, waris terdekat perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian
  4. Tuntutan yang melewati tempoh 6 bulan dari tarikh kematian tidak akan dilayan
  5. Sediakan dokumen yang diperlukan dalam borang tuntutan khairat kematian

KRITERIA KELAYAKAN SKIM MESRA

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Sedang menetap di Negeri Selangor
  • Lahir di Selangor atau Wilayah persekutuan
  • Berumur 60 tahun keatas

CARA DAFTAR PERMOHONAN SKIM MESRA

Golongan yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini secara online. Panduan cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi e-Mesra YAWAS – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button