Bermula Bulan Ogos 2022, rakyat Malaysia boleh mendapatkan bantuan secara automatik tanpa perlu permohonan sebanyak RM 700.
Skim Bantuan MySalam adalah sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dengan menyediakan perlindungan takaful melalui Dana Amanah Mysalam.
Tujuan utama skim ini adalah membantu memudahkan kehidupan golongan berpendapatan rendah bagi menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran penyakit dan kewangan.
Syarat Kelayakan
Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi tuntutan mysalam 2022 seperti berikut :
- Individu yang berumur 40 sehingga 60 tahun dan pendapatan tahunan dibawah RM 24,000
- Individu yang berumur 18 sehingga 60 tahun dan pasangan
- Individu golongan OKU yang berumur 18 hingga 65 tahun dan pendapatan tahunan dibawah RM 24,000.
Manfaat Skim Mysalam
- Individu yang berkelayakan akan menerima bayaran RM 8,000 yang akan disalurkan bermula bulan Ogos 2022
- Individu akan terima bayaran secara harian untuk tempoh 14 hari pada kadar RM 40 sehari atau RM 700 setahun.
Untuk sedia maklum, pada tahun 2022 Skim Mysalam telah diperluaskan kepada penerima BKM, mereka yang menerima BKM secara automatik layak untuk tuntut bantuan Mysalam.
Tebus Mysalam
Untuk anda yang ingin mendapatkan skim perlindungan ini, sila layari portal Rasmi Mysalam – DI SINI
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh terus menghubungi talian khas mysalam di – 1 300 888 938 atau hantar e-mel ke info@mysalam.com.my.
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis pakej bantuan khususnya melibatkan bantuan kewangan bagi membantu mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI