
Bantuan SARA RM2100 Setahun adalah suatu inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada kategori B40 dan miskin. Penubuhan bantuan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu rakyat mengatasi cabaran ekonomi yang dihadapi, khususnya dalam situasi yang mencabar seperti pandemik.
PEMBERIAN BANTUAN SARA RM2100 SETAHUN
Untuk makluman umum, Kementerian Kewangan telah melancarkan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun ini. Inisiatif SARA diberikan secara percuma kepada penerima STR tanpa perlu kemukakan permohonan.
Bantuan ini diperuntukkan kepada lebih 5 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada golongan B40, bukan miskin dan miskin tegar. Kategori yang terlibat termasuk ibu bapa tunggal, warga emas, bujang dan isi rumah.
Matlamat utama bantuan ini adalah untuk memastikan setiap individu memiliki sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung keperluan asas harian. Bantuan SARA ini diberikan secara beringkat setiap bulan sehingga Disember 2025.
Pembayaran dilakukan secara ewallet, dikreditkan terus ke dalam akaun mykad setiap penerima (bukan tunai). Amaun bantuan yang disalurkan boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit.
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON BANTUAN SARA RM2100?
Proses permohonan untuk Bantuan Sara RM2100 tidak diperlukan, bantuan diberikan secara automatik kepada penerima STR sahaja. Dengan prosedur yang jelas dan cekap, diharapkan lebih ramai pihak yang dapat mengambil peluang daripada bantuan ini untuk mengukuhkan taraf hidup mereka.
Jika anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini, semakan status kelayakan SARA boleh dilakukan secara online melalui laman rasmi – https://www.mykasih.com.my/ . Anda hanya perlu klik pada bahagian ‘semakan kelayakan’ dan masukan maklumat yang diperlukan.
Sekiranya berkelayakan, butiran bantuan akan dipaparkan pada skrin dan bantuan akan disalurkan ke dalam mykad sehingga Disember tahun ini.
BERAPA KADAR BAYARAN BANTUAN SARA MENGIKUT KATEGORI?
Kepada yang terlepas pandang, berikut adalah jumlah keseluruhan SARA mengikut kelayakan kategori ;
- Isi rumah miskin dan miskin tegar : RM2100 setahun
- Isi rumah B40 dan bukan miskin : RM900 setahun
- Warga emas miskin dan miskin tegar : RM1650 setahun
- Warga emas B40 dan bukan miskin : RM450 setahun
- Bujang miskin dan miskin tegar : RM600 setahun.
Nota : Kategori miskin dan miskin tegar, bantuan disalurkan setiap bulan bermula Januari sehingga Disember. Manakala untuk kategori bukan miskin dan B40, bantuan disalurkan mulai April sehingga Disember 2025.
LEBIH INFO BANTUAN
Selain SARA terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang disediakan sepanjang tahun ini kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai rujukan umum.