BANTUANSARA

Bantuan SARA RM100 & RM50 Dikreditkan Januari Ini

Bantuan SARA RM100 & RM50 sebulan merupakan inisiatif yang disasarkan kepada golongan yang layak untuk menerima sokongan kewangan. Program ini dibawah belanjawan 2025 adalah langkah penting dalam membantu mereka yang memerlukan.

Ramai individu dan keluarga di Malaysia akan mendapat manfaat daripada skim ini sebagai satu bentuk bantuan kewangan yang berterusan.

BANTUAN SARA RM100 SETIAP BULAN

Untuk makluman umum, inisiatif khas Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini merupakan bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima STR sahaja. Mereka yang berkenaan boleh membuat semakan kelayakan secara dalam talian.

Jumlah bayaran bantuan yang ditawarkan adalah sehingga RM1,200 setahun. Pada bulan Januari 2025, kadar bayaran yang pertama akan dikreditkan kepada penerima ialah RM100 isi rumah, sementara penerima dalam kategori bujang akan menerima RM50.

Amaun ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar yang terletak di seluruh Malaysia, bagi memastikan ia digunakan dengan cara yang bermanfaat.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan, tetapi juga untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rumahtangga yang tergolong dalam kategori layak.

Melalui bantuan SARA, diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan serta membantu dalam memenuhi keperluan asas harian mereka. Ini adalah satu langkah positif dalam usaha kerajaan untuk memastikan tiada individu yang tercicir dalam aspek kemudahan kehidupan.

KADAR & JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA 2025

KATEGORI MISKIN & MISKIN TEGAR

  • RM1,200 : Kategori isi rumah dan warga emas (bayaran dikreditkan RM100 sebulan selama setahun)
  • RM600 : Kategori bujang (bayaran dikreditkan RM50 sebulan selama setahun)

BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR

  • RM900 : Kategori isi rumah
  • RM450 : Kategori warga emas

Nota : Bagi kategori penerima STR berstatus miskin dan miskin tegar, bayaran disalurkan setiap bulan mulai Januari sehingga Disember 2025. Manakala bagi penerima golongan B40, bayaran akan mula disalurkan pada bulan April tahun ini.

Untuk mengenalpasti anda layak atau tidak menerima insentif khas ini, sila layari laman rasmi MySARA – https://www.mykasih.com.my/ untuk semak status penerima.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button