BANTUANKewangan

Bantuan RM350 Dikreditkan Untuk Golongan Belia Bujang

Bantuan RM350 telah mula dikreditkan kepada golongan belia bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan di bawah RM2,500. Inisiatif ini ditujukan untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan kewangan dalam situasi ekonomi pada tahun ini.

BUJANG TERIMA BAYARAN BANTUAN RM350

Pemberian inisiatif khas sumbangan tunai rahmah atau STR ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh golongan belia. Dengan bantuan ini, diharapkan mereka dapat memenuhi keperluan harian dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Sekitar lebih 9 juta penduduk Malaysia adalah merupakan penerima STR bagi sesi 2024 yang terdiri daripada kategori bujang, isi rumah dan orang tua. Program ini selaras dengan usaha kerajaan untuk membangunkan potensi rakyat B40 dalam masyarakat kita.

Untuk layak menerima bantuan RM350, individu perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan. Pastikan anda berdaftar dan mengemukakan dokumen yang diperlukan untuk mempercepatkan proses permohonan.

Keberadaan program ini juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam memberi perhatian kepada belia yang sedang berjuang untuk mencapai kestabilan kewangan. Kepada bukan penerima, permohonan baharu dibuka sepanjang tahun ini.

KADAR BAYARAN BANTUAN STR BUJANG MENGIKUT FASA

Berikut adalah jumlah bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi kategori belia bujang mengikut fasa yang telah ditetapkan :

  • Fasa 1 – 29 Januari 2024 (RM100)
  • Fasa 2 – 3 April 2024 (RM100)
  • Fasa 3 – 29 Ogos 2024 (RM50)
  • Fasa 4 – November 2024 (RM100).

Nota : Bagi kategori warga emas, jumlah bayaran STR adalah RM600 setahun dan isi rumah berjumlah dari RM500 hingga RM2,500 setahun. Kadar bayaran bantuan tunai STR ini ditetapkan berdasarkan pendapatan bulanan dan bilangan tanggungan anak.

DAFTAR BAHARU & SEMAKAN BAYARAN BANTUAN RM350

Sekiranya anda bukan penerima, permohonan boleh dibuat secara dalam talian. Bagi mereka yang merupakan penerima sedia ada, semakan status bayaran dan kemaskini maklumat terkini boleh dibuat sepanjang tahun ini.

Untuk semakan dan rujukan info lengkap, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Selain itu, terdapat pelbagai jenis kemudahan  dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button