BANTUANLatihan Perantis

Bantuan RM200 Setiap Bulan untuk Bujang B40

Bantuan RM200 setiap bulan untuk bujang B40 boleh dimohon dalam Program Bantuan Latihan Perantis sepanjang tahun 2025. Program ini diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif bagi membantu golongan bujang yang tergolong dalam kelas B40.

Ini adalah langkah penting untuk menyokong mereka dalam memastikan kelangsungan hidup yang lebih baik di dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

PERLAKSANAAN PROGRAM BANTUAN RM200 SETIAP BULAN

Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan sebuah program yang memberikan bantuan sebanyak RM200 sebulan. Program Bantuan Latihan Perantis atau BLP ini dibuka kepada golongan Belia berumur 35 tahun kebawah.

Bantuan ini menawarkan pembayaran RM200 setiap bulan kepada individu bujang dalam kategori B40. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan golongan tersebut dapat mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka.

Pemohon yang layak kebiasaannya terdiri daripada warga negara yang berumur 18 tahun ke atas dan tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan yang mencukupi untuk menyara diri sendiri. Kepada calon yang berkelayakan akan menyertai latihan kemahiran sambil bekerja.

BANTUAN LATIHAN PERANTIS

PROSES PERMOHONAN & KELAYAKAN BANTUAN RM200

Untuk memohon bantuan ini, individu yang berminat perlu mendaftar melalui portal rasmi yang telah ditetapkan. Proses pendaftaran adalah mudah dan mesra pengguna yang boleh dikemukakan secara dalam talian melalui laman portal rasmi – https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp .

Pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, termasuk penyampaian dokumen pengenalan diri dan bukti alamat. Dengan langkah-langkah ini, diharapkan proses akan berjalan dengan lancar untuk memastikan semua yang berhak mendapat bantuan ini dapat menikmatinya tepat pada waktunya.

Berikut adalah beberapa syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan sebelum calon mohon bantuan latihan perantis ;

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga 35 tahun
  • Golongan belia bujang yang berstatus penganggur dan berminat menyertai program kemahiran
  • Kumpulan B40 dan tanggungan.

Nota : Setiap permohonan yang didaftaran akan melalui proses semakan penilaian bagi memastikan setiap pemohon yang benar-benar layak diluluskan.

SENARAI BANTUAN LAIN

Sepanjang tahun ini terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan untuk memberi manfaat kepada penduduk. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button