BANTUANBantuan PendidikanMAIDAMPersekolahan

Bantuan Persekolahan MAIDAM RM500 untuk Pelajar

Bantuan persekolahan MAIDAM sebanyak RM500 untuk pelajar adalah inisiatif yang bertujuan membantu pelajar daripada golongan yang kurang bernasib baik. Ini merupakan langkah proaktif oleh MAIDAM untuk memastikan pendidikan anak-anak tidak terjejas meskipun dalam keadaan kewangan yang mencabar.

Bantuan ini diharapkan dapat menyokong keperluan pendidikan serta keperluan asas lain bagi pelajar yang layak.

PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIDAM RM500

Pihak Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menawarkan bantuan persekolahan khusus kepada golongan memerlukan. Dengan peruntukan zakat negeri, bantuan ini disediakan khusus kepada golongan asnaf dan fakir miskin.

Semua pelajar yang berdaftar di institusi pendidikan, sama ada sekolah rendah atau menengah, adalah dialu-alukan untuk memohon bantuan ini. Kriteria kelayakan termasuk latar belakang ekonomi yang memerlukan, di mana keluarga penerima pendapatan bulanannya adalah rendah.

MAIDAM

Penilaian akan dibuat berdasarkan dokumen yang diperlukan seperti penyata pendapatan dan dokumen pengenalan diri pelajar. Antara kriteria syarat asas kelayakan permohonan bantuan adalah seperti berikut ;

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia dan menetap di Terengganu sekurang-kurangnya (1 – 3 tahun)
  • Anak bersekolah di sekolah rendah atau menengah termasuk sekolah agama rakyat
  • Berumur 7 tahun hingga 17 tahun
  • Penerima bantuan persekolahan dari agensi lain tidak layak memohon.

Manfaat dan Cara Permohonan

Bantuan RM500 ini bukan sahaja membantu dalam membeli keperluan persekolahan seperti buku dan alat tulis, tetapi juga memperkasa pelajar dengan sokongan tambahan untuk aktiviti pembelajaran di luar.

Untuk memohon, ibu bapa atau penjaga boleh melayari laman web YPMAIDAM yang akan menyediakan borang permohonan dalam talian dan maklumat lanjut tentang proses permohonan. Semua permohonan akan diproses secara telus dan adil oleh pihak MAIDAM.

Jangan lupa sertakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan bagi memastikan program semakan permohonan berjalan lancar. Jika permohonan ditolak, rayuan boleh dikemukakan melalui laman rasmi YPMAIDAM.

LEBIH INFO BANTUAN

Sepanjang tahun ini kerajaan negeri dan persekutuan telah sediakan bermacam jenis program bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai panduan umum.

Related Articles

Back to top button