Bantuan Pendidikan Yayasan Pelajaran (YPJ) untuk Pelajar IPT

Bantuan pendidikan Yayasan Pelajaran (YPJ) kini dibuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT). Ini merupakan langkah positif kerajaan negeri Johor dalam memberikan galakan kepada pelajar yang kurang berkemampuan agar mereka terus melanjutkan pelajaran.
Dengan adanya bantuan ini, diharapkan pelajar dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa mereka.
INISIATIF BANTUAN PENDIDIKAN YAYASAN PELAJARAN
Kerajaan negeri Johor menyarankan agar ibu bapa atau penjaga pelajar IPT yang mempunyai kekangan dari segi kewangan untuk memohon bantuan ini. Terdapat pelbagai inisiatif yang disediakan, yang direka khusus untuk membantu pelajar dalam menampung kos pendidikan mereka.
Melalui bantuan ini, diharapkan sesi pembelajaran pelajar tidak terganggu dan mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian mereka. Untuk memohon, ibu bapa perlu mengisi borang permohonan yang disediakan oleh YPJ.
Borang tersebut boleh didapati di laman web rasmi Yayasan Pelajaran Johor atau di pejabat YPJ sendiri. Proses permohonan adalah straightforward dan memerlukan dokumen sokongan tertentu seperti dokumen pengenalan diri dan bukti pendapatan.
Dengan semua langkah yang mudah ini, kerajaan berharap lebih ramai pelajar akan mengambil kesempatan daripada bantuan pendidikan yang ditawarkan. Pihak yayasan telah sediakan pelbagai bantuan dan pembiayaan khusus kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
SENARAI BANTUAN PENDIDIKAN YAYASAN (YPJ) YANG BOLEH DIMOHON
Antara inisiatif-inisiatif yang disediakan dan boleh dimohon adalah seperti ;
- Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ)
- Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ)
- Skim Bantuan pendaftaran pelajar (SBP)
- Pinjaman pelajaran dalam negara
- Tabung latihan kemahiran Johor.
SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN PENDIDIKAN YPJ
Berikut adalah syarat asas kelayakan bagi permohonan bantuan dibawah YPJ :
- Warganegara Malaysia
- Pemohon adalah merupakan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
- Anak kelahiran negeri Johor
- Keluarga dalam kelompok B40.
CARA MOHON BANTUAN YPJ
Kepada yang berminat dan memerlukan, anda boleh kemukakan permohonan bantuan melalui laman web rasmi YPJ – https://portal.ypj.gov.my/
Setiap pemohon boleh pilih senarai bantuan yang ditawarkan mengikut kelayakan dan kemukakan permohonan. Jika layak anda akan dimaklumkan oleh pihak YPJ dan bantuan akan disalurkan mengikut yang telah ditetapkan.
BANTUAN LAIN
Terdapat banyak lagi program inisiatif bantuan disediakan sepanjang tahun ini kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai rujukan umum.