
Bantuan Lesen Percuma 2025 – Kerajaan Malaysia telah melancarkan inisiatif baru, Program MyLesen B2 dan masih diteruskan pada tahun ini. Program Mylesen diharapkan dapat memenuhi keperluan mereka yang ingin memanfaatkan kemampuan berkendaraan dengan sokongan yang sewajarnya.
BANTUAN LESEN PERCUMA 2025
Salah satu manfaat utama Program MyLesen B2 adalah penyediaan lesen memandu Malaysia (LMM) untuk kelas 2. Selain itu, untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya, kerajaan juga memberikan bantuan berupa topi keledar percuma kepada pengguna jalan raya.
Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada lebih dari 67,000 pengguna yang membuktikan komitmen kerajaan dalam menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua. Program ini dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kerjasama ini menunjukkan usaha bersama untuk memberi impak yang positif kepada masyarakat. Melalui program ini, calon yang layak dapat meraih peluang untuk memiliki lesen memandu dan seterusnya meningkatkan keselamatan serta kemudahan berkendara untuk diri mereka dan orang lain.
SYARAT KELAYAKAN MOHON PROGRAM LESEN PERCUMA
Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan permohonan sertai program khas mylesen B2, antaranya seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun keatas
- Sihat dari segi fizikal dan mental
- Dibuka kepada golongan B40 dan tanggungan
- Bebas dari senarai hitam JPJ, Mahkahmah dan PDRM
- Belum memiliki sebarang lesen memandu.
Setiap negeri telah melaksanakan program mylesen secara berperingkat, untuk rujukan anda boleh kunjungi laman rasmi JPJ atau negeri. Pelbagai program dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan pada tahun ini.
Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.