Bantuan Geran Pelancaran RM2700 : Panduan Permohonan
Bantuan Geran Pelancaran RM2700 kini masih dibuka permohonan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan. Program inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah sebahagian insentif one-off di bawah Belanjawan 2024.
BANTUAN GERAN PELANCARAN RM2700
Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah program bantuan sekali bayar berjumlah RM2700. Bantuan Geran Pelancaran (GP) ini diperkenalkan pada tahun sebelum dan masih dilancarkan sehingga tahun ini.
Kementerian Kewangan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah bercadang untuk menambah jumlah pemberian bantuan GP. Pada masa akan datang kadar bantuan geran pelancaran dalam skim kebajikan bakal dinaikan kepada RM5,000 daripada RM2,700.
Tujuan utama perlaksanaan program khas bantuan kewangan GP ini adalah bagi membantu golongan memerlukan memperoleh modal perniagaan. Dengan adanya insentif ini mereka boleh jadikan sebagai alternatif usaha keluar daripada belenggu kemiskinan.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN GERAN PELANCARAN
Di bawah ada beberapa kriteria syarat kelayakan khusus bagi permohonan bantuan kewangan GP yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
- Kumpulan sasar JKM
- Pendapatan / gaji bulanan tidak melebihi Pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa.
PANDUAN CARA MOHON BANTUAN GP RM2700
Kepada kalian yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan bantuan khas geran pelancaran ini boleh dikemukakan pada tahun ini selagi masih dibuka. Panduan lengkap dan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – eBantuan JKM
Untuk memudahkan urusan semakan borang permohonan, pemohon perlu sertakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti :
- Salinan kad pengenalan diri pemohon
- Salinan kad pengenalan pasangan dan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Dokumen sokongan yang berkaitan.
Semua permohonan bantuan dibawah skim kebajikan akan melalui proses semakan penilaian untuk memastikan pemohon benar-benar layak dapatkan bantuan yang ditawarkan.
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.