BANTUANeTunai

Bantuan E-Tunai RM100 Percuma : Kategori Dewasa B40 & M40

Bantuan E-Tunai RM100 secara percuma akan diberikan kepada kategori dewasa B40 & M40 telah diumumkan Menteri Kewangan hari ini. Untuk makluman, bantuan khas ini adalah salah satu inisiatif yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini.

BANTUAN E-TUNAI RM100 UNTUK KATEGORI DEWASA

Perdana Menteri dan juga selaku Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa mereka yang berpendapatan dibawah RM100,000 setahun berkelayakan untuk mendapatkan bantuan e-tunai RM100.

Bagi makluman, bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta individu yang merangkumi dari golongan B40 dan M40. Dana peruntukan bantuan e-tunai RM100 seorang ini adalah sekitan RM1 bilion, perkara ini telah diumumkan pada sidang meluncur ekonomi Madani.

Ini adalah merupakan salah satu perkara yang menggembirakan rakyat terutama kepada golongan B40 dan M40. Untuk makluman, kenyataan lanjut berkenaan bantuan e-tunai RM100 ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Segala maklumat terkini berkenaan bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

BANTUAN EBELIA RAHMAH

Kepada golongan belia dan mahasiswa yang masih belum tebus bantuan edompet, anda masih berperluang untuk mendapatkannya secara percuma. Kadar bantuan ebelia Rahmah ditawarkan berjumlah RM200 setiap seorang.

Kategori yang layak untuk tebus bantuan ebelia Rahmah ini adalah seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun
  • Mahasiswa / pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan tinggi dalam negara (Tanpa had kelayakan umur)

Sekiranya berkelayakan, tuntutan bantuan edompet RM200 ini boleh dilakukan dengan mudah secara online. Setiap pemohon boleh memilih salah satu aplikasi yang ingin ditebus (Boost, Touch N Go ewallet, Setel).

Untuk claim bantuan ini panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi eBelia Rahmah – DI SINI

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun 2023. Perkara ini adalah atas dasar keprihatinan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan miskin.

Kepada yang terlepas padang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button