BANTUANBina RumahPerumahanRMR

Bantuan Bina Rumah Mesra Rakyat Melalui Program (RMR)

Bantuan Bina Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah skim inisiatif yang diperkenalkan untuk membantu golongan B40 dan M40 di Malaysia. Dengan pelaksanaan program khas ini, penduduk yang berkelayakan akan diberi sokongan untuk membina rumah sendiri, sekali gus menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

SKIM BANTUAN BINA RUMAH MESRA RAKYAT

Tahukah anda, terdapat sebuah skim kemudahan yang disediakan kerajaan bagi membantu penduduk Malaysia mendapatkan rumah sendiri pada harga mampu milik. Program ini dibuka sepanjang tahun khusus untuk golongan pendapatan dibawah RM5,000 sebulan.

Bagi memohon skim ini, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat. Mereka yang berada dalam kategori B40 dan M40, serta tidak mempunyai rumah sendiri, adalah yang utama untuk layak menerima bantuan ini. Selain itu, dokumen pengenalan diri dan bukti pendapatan juga perlu disediakan untuk menyokong permohonan.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merupakan anak syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan skim ini. SPNB berperanan menyediakan segala maklumat berkaitan permohonan dan proses pembinaan.

Keberkesanan skim ini sangat bergantung kepada penyelarasan antara SPNB dan pemohon, agar bantuan yang diterima dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk membina rumah yang selesa dan berdaya milik.

SPNB telah diletakan dibawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik ini. Mereka yang berkelayakan akan menerima manfaat bantuan pembiayaan RM20,000 bina rumah melalui program RMR.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BINA RUMAH

Antara kriteria kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur diatas 18 tahun
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon dan pasangan (jika ada) tidak memiliki rumah sendiri atau mempunyai rumah usang
  • Tapak tanah yang bersesuaian dan bebas dari bentuk gadaian
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS dan tertakluk kepada reka bentuk.

DAFTAR PERMOHONAN BINA RUMAH RMR SEGERA

Kepada berminat, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan inisiatif khas ini bagi gunakan manfaat yang disediakan. Untuk panduan mendaftar dan maklumat lengkap berkenaan program ini, sila layari laman rasmi RMR – https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Selain itu terdapat lebih banyak jenis inisiatif dan kemudahan telah disediakan oleh kerajaan khususnya berbentuk bantuan kewangan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button