PelajarWang Pendahuluan Pinjaman
Trending

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1500 Untuk Pelajar

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) RM1500 adalah merupakan sebuah inisiatif yang disediakan khusus untuk para pelajar.

INISIATIF WANG PENDAHULUAN PINJAMAN (WPP)

WPP RM1500

Untuk makluman umum, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) agensi dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menawarkan sebuah inisiatif. Pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) dapat dinikmati tanpa mengira latar belakang ekonomi keluarga.

Inisiatif WPP ini memberikan wang pendahuluan sebanyak RM1500 untuk setiap pelajar yang baru membuat persiapan awal sebelum memasuki Universiti Awam (UA) atau Politeknik. Dengan adanya inisiatif ini dapat meringankan beban kewangan serta menjaga kebajikan para pelajar.

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) ini ditawarkan kepada pelajar Warganegara Malaysia yang sudah memberi persetujuan semasa membuat permohonan kemasukkan ke IPTA. Permohonan boleh dilakukan melalui UPU Online atau melalui portal kemasukan Universiti Awam.

Kepada keluarga atau penjaga pelajar yang berstatus penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkelayakan untuk memohon. Sejak diperkenalkan sehingga tahun 2025, sekitar 990,000 pelajar telah menerima manfaat WPP ini.

SEMAKAN TAWARAN WANG PENDAHULUAN PINJAMAN

Setiap pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP melalui aplikasi MyPTPTN yang boleh dimuat turun di app store telefon. WPP ini boleh dikeluarkan secara tunai melalui kaunter Bank Islam Malaysia Berhad seluruh negara bermula hari ini.

Kepada mereka yang layak hanya perlu membawa surat tawaran WPP yang telah dicetak melalui aplikasi MyPTPTN. Hanya penerima sahaja boleh lakukan, wakil untuk tebus tidak dibenarkan kerana pengesahan memerlukan mykad dan individu.

CARA MOHON WPP

WPP PTPTN

Setiap pelajar yang berminat dan ingin memohon pinjaman PTPTN perlu mempunyai akaun skim simpanan pendidikan nasional (SSPN). Akaun ini boleh dibuka secara dalam talian melalui aplikasi MyPTPTN.

Untuk butiran lengkap dan cara daftar permohonan, sila layari laman portal rasmi https://www.ptptn.gov.my/en/ atau muat turun aplikasi MyPTPTN di telefon anda.

Kepada yang terlepas pandang, sepanjang tahun ini kerajaan telah sediakan bermacam kemudahan dan inisiatif bantuan untuk meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan, rujuk pada halaman utama!

Fayyadh

Carianterbaru merupakan portal informasi lengkap merangkumi maklumat inisiatif kerajaan, swasta dan bantuan terkini khusus untuk rakyat Malaysia

Related Articles

Back to top button