Bantuan Biasiswa Lepasan SPM 2025 : Mohon Segera

Bantuan Biasiswa Lepasan SPM 2025 – Terdapat banyak tawaran tajaan / pembiayaan untuk para pelajar lepasan Sijil Penilaian Malaysia pada tahun ini. Biasiswa ini merupakan satu bentuk tajaan yang dirancang untuk membantu pelajar yang bercita-cita tinggi dalam melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Dengan adanya bantuan kewangan ini, pelajar dapat fokus kepada pembelajaran tanpa dibebani masalah kewangan.
SENARAI BANTUAN BIASISWA LEPASAN SPM 2025
Para pelajar harus sedar bahawa terdapat pelbagai jenis biasiswa yang ditawarkan. Ini termasuk biasiswa daripada kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO), dan juga daripada institusi pendidikan tinggi.
Setiap jenis biasiswa mungkin mempunyai kriteria kelayakan dan bidang pengajian yang berbeza. Oleh itu, penting bagi pelajar untuk melakukan penyelidikan dan memahami syarat yang ditetapkan sebelum memohon.
Berikut dikongsikan beberapa senarai pautan bagi permohonan biasiswa yang dibuka kepada lepasan SPM tahun ini ;
- Yayasan Sime Darby – https://www.yayasansimedarby.com/
- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – https://penajaan.jpa.gov.my/
- Biasiswa PETRONAS – https://www.petronas.com/bm/careers/students-graduates
- Bank Negara Malaysia (BNM) – https://www.bnm.gov.my/careers/scholarships
- Biasiswa Shell Malaysia – https://www.shell.com.my/careers/students-and-graduates/scholarships.html
- Khazanah Global – https://www.yayasankhazanah.com.my/scholarship-programmes/khazanah-global-scholarship-programme
- Biasiswa dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – https://www.moe.gov.my/program-tajaan-biasiswa-di-bawah-kpm
- Biasiswa Yayasan UEM – https://www.uem.com.my/yayasan-education-scholarship.html
- Biasiswa CIMB Group – https://www.cimb.com/en/careers/students/cimb-asean-scholarship.html
- Biasiswa Maybank – https://www.maybankfoundation.com/index.php/our-impact/maybank-group-scholarship-programme
- Biasiswa Yayasan Bank Rakyat – https://www.yayasanbankrakyat.com.my/
CARA MOHON BANTUAN BIASISWA LEPASAN SPM
Proses permohonan untuk biasiswa mungkin berbeza-beza bergantung kepada institusi atau organisasi yang menawarkan biasiswa tersebut. Namun, secara amnya, pelajar perlu menyediakan dokumen seperti sijil SPM.
Pelajar harus memastikan semua dokumen disediakan sebelum tarikh tutup permohonan agar peluang untuk mendapat biasiswa tidak terlepas. Untuk butiran lengkap dan panduan daftar permohonan, anda boleh klik pada pautan diatas yang bersesuaian.
ADAKAH BIASISWA PENTING?
Tawaran biasiswa atau tajaan pembiayaan ini sangat penting sebagai sokongan kewangan bagi menghadapi proses pengajian tinggi. Sesetengah pelajar berada dalam golongan keluarga sederhana / miskin amat memerlukan biasiswa.
Diharapkan dengan perkongsian senarai biasiswa ini dapat membantu pengguna untuk mendapatkan tajaan bagi pengajian ke peringkat lebih tinggi.
MAKLUMAT LANJUT
Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan lebih banyak program bantuan kewangan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.