Bantuan Barang Dapur RM300 sebulan kini dibuka permohonan kepada golongan B40 & M40 yang berkelayakan. Inisiatif khas ini adalah salah satu bantuan yang diperkenalkan dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun ini.
BANTUAN BARANG DAPUR RM300 SEBULAN
Tahukah kalian, bermula 1 Julai 2024 permohonan baharu telah dibuka bagi program bantuan kehidupan sejahtera Selangor (Bingkas). Menerusi program ini, kerajaan menawarkan bantuan berjumlah RM300 dalam bentuk ewallet.
Pemberian bantuan ini akan dikreditkan setiap bulan selama 24 bulan (2 tahun) kepada pemohon yang berjaya. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas dan alat pendidikan di pasaraya dan kedai berdaftar.
Perlaksanaan program bantuan khas ini akan memberi manfaat kepada sekitar 30,000 buah keluarga sepanjang tahun ini. Tujuan utama bantuan ini diadakan adalah bagi meningkatkan kestabilan kewangan dan memperkukuhkan keharmonian sesebuah keluarga.
MANFAAT BANTUAN BARANG DAPUR
Berikut adalah kelebihan dan manfaat yang boleh didapatkan dalam program bantuan khas ini :
- Bantuan e-wallet yang dikreditkan boleh digunakan di kedai dan pasaraya berdaftar
- RM300 adalah amaun had nilai pembelanjaan yang boleh dibuat setiap bulan
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-wallet)
- Nila e-wallet akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik
- Baki amaun bulan semasa tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
SYARAT / KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN DAPUR E-WALLET
Bermula 1 Julai 2024, kerajaan telah kemaskini syarat kelayakan program bantuan kehidupan sejahteran ini :
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
- Pendapatan di bawah RM5,000 sebulan
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun ke bawah sekurang-kurangnya dua (2) orang
- Pemilih berdaftar
- Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN
Kepada mereka yang berkeperluan dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang dapatkan manfaat daripada bantuan yang ditawarkan percuma ini. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila rujuk pada laman rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera 2024
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.