Tukar Ganti MyKad

Kemudahan Tukar Gantian MyKad Secara Online

Untuk sedia maklum, Mykad atau Kad Pengenalan adalah merupakan dokumen penting yang harus disimpan rapi oleh setiap warganegara Malaysia. Kad pengenalan digunakan dalam pelbagai urusan peribadi termasuklah identiti, semakan kesihatan, JPJ dan perbagai lagi.

Bagi setiap individu wajib memelihara MyKad dan menjadi tanggungjawab masing-masing agar dapat mempermudahkan urusan dengan pihak Kerajaan mahupun swasta melibatkan apa-apa aktiviti. Mengikut peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), bagi setiap individu yang telah kehilangan Mykad (Kad pengenalan) haruslah memohon kad pengenalan gantian dengan segera.

Proses Mykad

Menuruk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan Mykad baru yang tidak bermasalah boleh diproses cuma dalam masa kira-kira 30 minit sahaja dalam senarai premis JPN yang telah ditetapkan.

Jika bagi permohonan gantian bermasalah seperti contoh cap jari rosak atau kehilangan kad kali ke 3, tempoh proses gantian mengambil masa dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan.

Faktor dan sebab permohonan yang dibolehkan untuk mengganti Mykad adalah seperti berikut :

  • Gantian Cip rosak
  • Gantian Kad rosak
  • Gantian Mykad – Kehilangan kad buat kali pertama
  • Gantian naik taraf cip – Dari 32k/ 64k kepada 80k.

Panduan Cara Tukar Gantian Mykad secara Online

  1. Sila layari Portal Rasmi MyGOV untuk permohonan gantian MyKad – DI SINI
  2. Kemudian, sila daftarkan akaun dengan mengisi maklumat di ruangan disediakan
  3. Selepas aktifkan akaun, sila log masuk
  4. Di bahagian kanan skrin, sila tekan pada “Gantian MyKad”
  5. Sila baca akuan penafian dan tekan setuju
  6. Sila isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  7. Anda boleh pilih jenis penggantian dan Negeri mana yang anda berada dan klik teruskan
  8. Sila buat semakan semula maklumat yang anda telah isi. Pastikan semuanya tepat dan klik pada kotak saya setuju dan kemudian tekan “Teruskan”
  9. Kemudian anda akan dibawa ke laman untuk pembayaran. Selepas selesai pembayaran, sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.
  10. Selepas tempoh sehari dua setelah permohonan anda diproses, anda boleh membuat semakan melalui SMS dengan cara taip JPN MYKAD dan hantar ke 15888.
  11. Sekiranya anda mendapatkan notifikasi kad sudah boleh diambil, anda boleh pergi ke cawangan JPN pilihan anda untuk mengambil kad tersebut.
  12. Selesai, mudahkan.

Nota : Sekiranya anda mempunyai permasalahan semasa proses permohonan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan tukar ganti Mykad ini, sila layari Laman Rasmi Gantian Mykad JPN – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, terdapat pelbagai jenis kemudahan, Program dan Bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button