Baki BayaranBANTUANSARA
Trending

Baki Bayaran Bantuan SARA Mengikut Setiap Kategori

Baki Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) mengikut setiap kategori dikongsikan di halaman kali ini.

BAYARAN BANTUAN SARA UNTUK RAKYAT

BAKI BAYARAN BANTUAN SARA

Untuk makluman umum, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan sebahagian inisiatif dibawah Belanjawan 2025. Pemberian SARA ini diberikan secara automatik kepada 9 juta penerima STR yang berkelayakan.

Tiada sebarang permohonan diperlukan, anda boleh membuat semakan status kelayakan melalui laman rasmi MySARA. Kategori yang terlibat adalah dari golongan bujang, isi rumah dan warga emas berstatus B40, miskin dan miskin tegar.

Kadar jumlah bayaran SARA sesi 2025 adalah sehingga RM2,100 setahun dengan tambahan RM100 one-off yang dikreditkan Ogos lalu. Bantuan SARA ini diberikan dalam bentuk ewallet ke dalam mykad dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas sahaja.

BAKI BAYARAN BANTUAN SARA NOVEMBER & DISEMBER

Bagi pengetahuan umum, pengagihan bayaran SARA tahun ini berbaki 2 bulan sahaja lagi. Berikut dikongsikan kadar bayaran SARA bulan November dan Disember mengikut setiap kategori :

KATEGORI ISI RUMAH

  • RM200 (November), RM200 (Disember) : Penerima STR & Ekasih
  • RM100 (November), RM100 (Disember) : Penerima STR sahaja

KATEGORI WARGA EMAS

  • RM150 (November), RM150 (Disember) : Penerima STR & Ekasih
  • RM50 (November), RM50 (Disember) : Penerima STR sahaja

BUJANG 21 TAHUN KEATAS

  • RM50 (November), RM50 (Disember) : Penerima STR & Ekasih
  • RM0 (tiada bayaran) : Penerima STR sahaja.

Nota : Bermula Januari 2026, tiada lagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori bujang. Namun kategori ini akan menerima bayaran SARA berjumlah RM50 setiap bulan selama tempoh 12 bulan.

SEMAKAN STATUS BAKI BAYARAN SARA

Setiap individu boleh membuat semakan kelayakan dan status bayaran SARA secara dalam talian. Untuk cek berapa baki bantuan dan status kelayakan, sila layari laman portal rasmi MySARA di https://www.sara.gov.my/

Pastikan anda gunakan manfaat bantuan SARA ini dengan sebaiknya sebelum tarikh luput. Nilai bantuan boleh digunakan di semua pasaraya dan kedai runcit berdaftar seluruh negara.

PENUTUP & LEBIH INFO

Sepanjang tahun kerajaan MADANI telah sediakan bermacam kemudahan dan inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan di laman utama atau sertai channel WhatsApp Carianterbaru untuk info lebih lanjut.

Fayyadh

Carianterbaru merupakan portal informasi lengkap merangkumi maklumat inisiatif kerajaan, swasta dan bantuan terkini khusus untuk rakyat Malaysia

Related Articles

Back to top button