Bantuan STR 2026 : Cara kemaskini & daftar baharu disediakan di halaman ini bagi panduan dan memudahkan masyarakat.
PROGRAM BANTUAN STR 2026
Seperti sedia maklum, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan perlaksanaan STR akan diteruskan bagi sesi 2026. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini telah diperkenalkan oleh kerajaan MADANI sejak tahun 2023 yang memberi manfaat kepada 9 juta penerima.
STR 2026 telah berlaku perubahan dimana kadar bantuan kategori bujang STR tiada dan dipindahkan kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Mereka yang berumur 21 tahun keatas berstatus bujang akan menerima bayaran SARA RM50 setiap bulan mulai Januari 2026.
Setiap individu wajib membuat kemaskini maklumat atau pendaftaran baharu bagi mendapatkan bantuan STR 2026. Bagi mereka yang tidak pernah kemaskini maklumat dalam tempoh 3 tahun perlu buat kemaskini.
KENAPA PERLU KEMASKINI STR 2026?
- Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar berkelayakan melalui sistem yang lebih kuat.
- Dapat menyelaraskan data bantuan supaya kemaskini dan daftar baru dilakukan untuk jaga integriti dalam sistem.
- Sentiasa kemaskini maklumat penting seperti (alamat, pendapatan, tanggungan, akaun bank dan status perkahwinan).
- Pembayaran bantuan STR mungkin gagal masuk kerajaan akaun bank sudah tidak aktif.
- Permohonan mungkin ditolak kerana maklumat individu tidak tepat.
- Mereka yang sepatutnya dapat bayaran mungkin terlepas fasa pembayaran.
SYARAT KELAYAKAN DAFTAR BAHARU STR 2026
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Bukan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun sebelum.
- Pendapatan bulanan memenuhi syarat kelayakan berdasarkan kategori bujang, isi rumah dan warga emas.
- Bukan pelajar dari IPTA / IPTS sepenuh masa.
CARA KEMASKINI STR 2026
Kepada penerima sedia anda, kemaskini maklumat terkini adalah mudah dan boleh dibuat secara online. Sila layari laman portal rasmi STR diĀ https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan log masuk kemudian ke bahagian kemaskini.
Kepada yang ingin mendaftar, klik pada butang ‘Permohonan Baharu’ pada halaman utama STR. Jangan terlepas untuk kemaskini bagi mendapatkan manfaat bantuan STR tahun 2026.
PENUTUP & LEBIH INFO
Sepanjang tahun kerajaan telah tawar bermacam kemudahan dan inisiatif bantuan kewangan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada di laman utama atau sertai channelĀ WhatsApp Carianterbaru untuk info lebih lanjut.
Carianterbaru merupakan portal informasi lengkap merangkumi maklumat inisiatif kerajaan, swasta dan bantuan terkini khusus untuk rakyat Malaysia