BANTUANInisiatif Pendapatan RakyatIPR
Trending

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Untuk Golongan B40

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) adalah merupakan sebuah program baharu yang ditawarkan untuk golongan B40 dan miskin.

APA ITU INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) ?

INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT

Untuk makluman umum, kerajaan MADANI telah memperkenalkan sebuah program inisiatif khas untuk rakyat. Kemudahan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) terdiri daripada 3 program iaitu :

  1. Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN).
  2. Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).
  3. Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Kemudahan diatas adalah salah satu usaha kerajaan bagi membantu rakyat yang berada dalam kelompok B40 dan miskin tegar. Melalui IPR ini dapat membantu menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40.

Dengan adanya kemudahan inisiatif seperti ini dapat menyelesaikan masalah ekonomi harian yang dihadapi oleh golongan memerlukan. Perlaksanaan IPR ini adalah bagi membasmi kemiskinan dan menambah sumber pendapatan rakyat menerusi pertanian, perniagaan makanan dan perator perkhidmatan.

Kerajaan memberi peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan yang mampan serta pembangunan kemahiran kepada golongan sasar. Permohonan program khas ini dibuka sepanjang tahun.

SYARAT KELAYAKAN MOHON INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT

Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi untuk mohon IPR seperti berikut :

  • Permohon berstatus warganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur 18 tahun dan keatas.
  • Pemohon berada dalam golongan keluarga berpendapatan B40 dan miskin tegar.

Kepada individu yang berjaya memohon, mereka akan menyertai program yang ditawarkan secara pilihan masing-masing. Kadar bayaran inisiatif, gaji atau elaun adalah bergantung kepada jenis projek yang ditawarkan IPR.

CARA MOHON PROGRAM IPR

Kepada mereka yang berminat, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian. Untuk butiran lengkap dan cara mohon, sila layari laman portal rasmi IHSAN MADANI (IPR)

Untuk pastikan permohonan berjalan lancar, pemohon perlu pastikan dokumen-dokumen penting yang diperlukan disediakan semasa permohonan. Setiap permohonan akan melalui proses semakan penilaian bagi memastikan pemohon benar-benar layak menyertai program yang ditawarkan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini untuk rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk pada laman utama!

Related Articles

Back to top button