Subsidi BUDI MADANI RM200 sebulan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berkeperluan pada tahun ini.
INISIATIF SUBSIDI BUDI MADANI RM200
Tahukah anda terdapat sebuah inisiatif bantuan bulanan yang boleh dimohon oleh individu terutama golongan B40. Kerajaan telah memperkenalkan program BUDI MADANI yang berbentuk bantuan subsidi bersasar kepada rakyat.
Melalui program ini, pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan tunai berjumlah RM200 sebulan. Insentif ini sebagai sokongan kewangan kepada rakyat untuk mengurangkan beban kos bahan api dan pengangkutan.
Pendaftaran permohonan inisiatif BUDI MADANI boleh dikemukakan sepanjang tahun ini selagi masih dibuka. Golongan B40 yang mempunyai kenderaan yang menggunakan minyak jenis diesel boleh kemukakan permohonan.
SEMAK KELAYAKAN SUBSIDI BUDI MADANI
Bagi mereka yang berminat dapatkan manfaat bantuan bulanan ini, anda perlu mematuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Status warganegara – Pemohon wajib merupakan seorang warganegara Malaysia.
- Pendapatan isi rumah – Gaji / pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM4,850.
- Status akaun Bank – Pemohon perlu mempunyai akaun bank yang masih aktif bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan.
- Jenis kenderaan – Individu wajib memiliki kenderaan persendirian yang menggunakan bahan api diesel.
- Cukai jalan – Kenderaan mestilah dalam keadaan baik dan mempunyai cukai jalan yang sah dan aktif.
Untuk makluman umum terdapat 3 kategori yang boleh dimohon melalui program BUDI MADANI iaitu BUDI individu, BUDI Agri-komoditi dan BUDI MySubsidi Diesel.
CARA DAFTAR SUBSIDI BUDI
Berikut disediakan panduan ringkas cara daftar permohonan BUDI MADANI 2025 :
- Sila layari laman portal rasmi BUDI MADANI di https://www.budimadani.gov.my/
- Kemudian daftar akaun pengguna.
- Pilih kategori permohonan yang bersesuaian.
- Isi borang permohonan pada ruangan yang disediakan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan pemohon.
- Hantar borang dan tunggu maklum balas dari pihak berkuasa.
Setiap permohonan yang diluluskan pada bulan ini akan menerima bayaran pada bulan berikut secara terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan.
Untuk lebih informasi berkenaan pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan sepanjang tahun ini, sila rujuk pada laman utama!