BTB 2025 Bantuan RM300 sebulan disediakan kepada individu yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini.
PROGRAM BTB 2025 BANTUAN RM300 SEBULAN
Kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarat telah menawarkan pelbagai inisiatif bantuan kewangan kepada orang awam yang memerlukan. Salah satu inisiatif yang boleh dimohon pada tahun ini adalah program Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB).
Bantuan ini merangkumi golongan yang berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal, belia yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU). Dengan adanya perlaksanaan program BTB 2025 ini dapat meringankan beban kos sara hidup individu.
Kadar bayaran bantuan yang akan diterima oleh mereka yang lulus permohonan adalah sebanyak RM300 sebulan. Pengkreditan akan disalurkan secara automatik setiap bulan kepada penerima yang layak.
SEMAK SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN BTB RM300
Antara kriteria syarat kelayakan program BTB 2025 yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
- Pemohon adalah warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun hingga 59 tahun
- Berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU)
- Mempunyai surat pengesahan dari pegawai perubatan yang sah bahawa tidak berupaya bekerja
- Tidak mempunyai pendapatan secara tetap dan berada dalam keluarga memerlukan.
Berikut adalah 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat :
- Fizikal
- Pendengaran
- Penglihatan
- Pertuturan
- Mental
- Pembelajaran
- Pelbagai.
CARA DAFTAR BANTUAN BTB 2025
Kepada yang berminat dan berkelayakan, pendaftaran permohonan boleh dikemukan sepanjang tahun ini seperti di bawah :
PERMOHONAN SECARA MANUAL
- Kemukakan permohonan di pejabat kebajikan masyarakat daerah /jajahan berdekatan
- Serahkan borang dan dokumen yang lengkap
- Hadir sesi temuduga dengan pegawai kebajikan.
PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN
- Layari laman portal rasmi MANFAAT BTB
- Klik pada butang ”Mohon Disini” dibahagian bawah
- Isi maklumat yang diperlukan dan hantar borang permohonan
- Maklum balas pengesahan permohonan akan diberitahu dalam masa terdekat.
Nota : Inisiatif khas ini disediakan khusus kepada rakyat Malaysia yang memerlukan terutama golongan OKU. Jika anda berkelayakan atau mempunyai kenalan OKU, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat dari program ini secara percuma.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif bantuan disediakan sepanjang tahun bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk di halaman utama!