Bantuan Kecil Persekutuan (BKP) ditawarkan sehingga RM1000 kepada para pelajar di peringkat sekolah menengah. Inisiatif bantuan kewangan ini adalah merupakan salah satu program dibawah Belanjawan 2025.
PROGRAM BANTUAN KECIL PERSEKUTUAN DIBUKA!
Untuk makluman umum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan satu skim biasiswa untuk pelajar. Dikenali sebagai Bantuan Kecil Persekutuan ini, dilaksanakan untuk meningkatkan motivasi dan memberi rangsangan kepada murid/ pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah.
Kadar bayaran bantuan diberikan pada kadar sehingga RM110 sebulan bersamaan sehingga RM1220 setahun. Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima bayaran secara bulanan terus ke dalam akaun pelajar.
KADAR BAYARAN BANTUAN PERSEKUTUAN (BKP)
Berikut disediakan kadar bayaran yang akan diterima mengikut setiap kategori :
- RM70 sebulan x12 bulan : Tingkatan 1 hingga tingkatan 4 termasuk tahun 1 Kolej Vokasional (KV)
- RM70 sebulan x11 bulan : Tingkatan 5 dan tahun 1 Kolej Vokasional (KV)
- RM110 sebulan x7 bulan : Tingkatan 6 rendah (aliran sains)
- RM110 sebulan x11 bulan : Tingkatan 6 atas (aliran sains)
- RM90 sebulan x7 bulan : Tingkatan 6 rendah (aliran sastera) dan (sijil tinggi agama malaysia) STAM
- RM90 sebulan x 11 bulan : Tingkatan 6 atas (aliran sastera).
Kadar bayaran diatas akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak selama setahun sahaja.
APA SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN BKP INI?
Sebelum memohon, anda perlu semak syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia dan berstatus pelajar
- Pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 6 yang bersekolah di sekolah kerajaan (SK) dan sekolah bantuan kerajaan (SBK) termasuk pelajar tahun 1 dan 2 KV dan STAM
- Pendapatan keluarga / penjaga tidak melebihi RM2589 sebulan
- Cemerlang dalam bidang kokurikulum atau akademik
- Bukan penerima sebarang biasiswa atau elaun atau insentif kewangan lain dari agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO).
CARA MEMOHON BANTUAN BKP
Untuk makluman umum, pendaftaran permohonan BKP ini boleh dikemukakan secara dalam talian oleh pelajar dan ibu bapa. Untuk kemukakan permohonan, sila layari laman portal rasmi – BKP KPM
Setiap borang permohonan akan dinilai dan mereka yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan ini. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pihak KPM di – 603 8884 6456.
KESIMPULAN
Kerajaan MADANI telah tawarkan bermacam kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan khusus bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum!