Permohonan Bantuan eWallet Bingkas Dibuka Mulai 1 Ogos
Permohonan bantuan ewallet BINGKAS – Bermula dari 1 Ogos 2025, kerajaan negeri akan membuka semula bantuan eWallet bernilai RM300 sebulan. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat situasi ekonomi semasa dan memastikan semua golongan dapat menikmati faedah teknologi digital.
PERMOHONAN BANTUAN EWALLET BINGKAS
Kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah program inisiatif yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera Bingkas. Perlaksanaan program ini menyasarkan 30,000 isi rumah dengan kadar bantuan RM300 sebulan.
Bantuan ewallet ini dikreditkan setiap bulan kepada pemohon yang lulus dan amaun tersebut boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas. Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN EWALLET BINGKAS
Bermula 1 Ogos 2025, anda boleh kemukakan permohonan secara dalam talian. Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan sebelum memohon ;
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun di Selangor
- Golongan B40 dan pendapatan dibawah RM5,000 sebulan
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah (sekurang-kurangnya 2 orang)
- Pengundi berdaftar di Selangor.
MANFAAT PROGRAM BINGKAS
- Nilai ewallet boleh digunakan di kedai dan pasaraya berdaftar seluruh Selangor
- Semua urusniaga dilakukan secara tanpa tunai (ewallet)
- Had bulanan pembelian barangan asas sebanyak RM300
- Ewallet Bingkas akan ditambah nilai keparas RM300 setiap bulan secara automatik
- Baki ewallet pada bulan ini perlu digunakan kerana tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
CARA MOHON BANTUAN BINGKAS
Proses permohonan bantuan eWallet Bingkas ini adalah mudah dan mesra pengguna. Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi – BINGKAS . Semua pemohon perlu menyediakan dokumen pengenalan diri dan yang diperlukan.
Ini memastikan proses dapat dijalankan secara cekap dan cepat. Oleh itu, rakyat diingatkan untuk membuat permohonan seawal mungkin selepas pembukaan pada 1 Ogos 2025.
INFO BANTUAN LAIN
Sepanjang tahun kerajaan telah sediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.