Jadual Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Dikreditkan Ogos Ini

Jadual Sumbangan Tunai Rahmah – STR adalah inisiatif bantuan kewangan yang diperkenalkan untuk menyokong golongan yang memerlukan. Pembayaran Fasa 3 program ini akan menyediakan bantuan lebih lanjut kepada mereka yang layak.
Artikel ini akan memberikan maklumat terperinci mengenai jadual bayaran STR fasa 3 bagi bulan Ogos 2025.
JADUAL SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Seperti sedia maklum program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan inisiatif dibawah Belanjawan 2025. Pembayaran disalurkan secara berperingkat melalui 4 fasa sepanjang tahun ini yang melibatkan kategori bujang, isi rumah dan warga emas.
Bagi bulan Ogos ini, sumbangan tunai bagi Fasa 3 dijadualkan untuk dikreditkan dijangka bermula 10 hingga 29 Ogos. Proses pengkreditan akan bermula dari minggu kedua Ogos, di mana individu dan keluarga yang layak akan menerima bantuan secara terus ke akaun bank mereka.
Pengumuman rasmi mengenai tarikh dan jumlah spesifik sumbangan akan dibuat melalui saluran rasmi kerajaan. Berikut adalah jadual asal pembayaran STR 2025 mengikut fasa ;
- Fasa pertama dikreditkan pada : 22 – 28 Januari 2025
- Fasa kedua dikreditkan pada : 24 Mac 2025
- Fasa ketiga dikreditkan pada : Ogos 2025
- Fasa keempat dikreditkan pada : November 2025.
Bantuan kewangan ini ditujukan kepada individu yang termasuk dalam kategori B40 serta mereka yang terkesan dengan situasi ekonomi semasa. Untuk lebih maklumat tentang kelayakan dan cara pendaftaran, orang ramai dinasihatkan rujukan laman web rasmi atau pusat bantuan bagi memastikan proses yang tepat dan cepat.
JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Untuk makluman, jumlah keseluruhan pembayaran STR pada tahun ini adalah sehingga RM2500 setahun. Berikut disediakan maklumat berkenaan jumlah bayaran STR mengikut kelayakan setiap kategori ;
- Isi rumah (B40 & Miskin) : RM2500
- Isi rumah (M40) : RM1250
- Warga emas : RM900
- Bujang : RM600.
Kadar jumlah diatas akan diberikan kepada penerima mengikut 4 pecahan fasa pembayaran sepanjang tahun 2025.
SEMAKAN & KEMASKINI MAKLUMAT STR FASA 3
Jika anda mempunyai sebarang perubahan maklumat terkini, pengemaskinian perlu dilakukan untuk memastikan bayaran bantuan bersesuaian dengan status anda. Untuk semak bayaran fasa 3 dan kemaskini maklumat,
sila layari portal rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
LEBIH INFO BANTUAN
Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai program dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan khusus meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.