BANTUANBantuan KerajaanSARA

Bantuan Tambahan MyKad SARA untuk Semua Kategori Ogos Ini

Bantuan tambahan MyKad SARA menjadi antara topik hangat dalam kalangan rakyat Malaysia pada bulan Ogos ini. Program ini dirancang khusus untuk memberikan sokongan kepada individu dalam pelbagai kategori, demi meringankan beban mereka di zaman yang serba mencabar ini.

PEMBERIAN BANTUAN TAMBAHAN MYKAD SARA

SARA tambahan

Perdana Menteri telah umumkan pemberian tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan pada bulan Ogos 2025. Semua kategori akan menerima bayaran tambahan RM100 pada 31 Ogos nanti.

Bantuan ini terbuka kepada semua kategori termasuk belia umur 18 tahun keatas, golongan berpendapatan rendah, dan isi rumah. Dengan adanya bantuan ini, banyak individu dapat menikmati sokongan kewangan yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan seharian.

Penting untuk warga Malaysia memahami kelayakan dan cara gunakan agar tiada yang tercicir. Pemberian SARA ini tidak diberikan secara tunai, bantuan disalurkan secara terus ke dalam Mykad.

Setiap individu boleh menggunakan amaun bantuan ewallet tersebut untuk memberi barangan keperluan di semua pasaraya seluruh negara.

CARA MEMOHON BANTUAN TAMBAHAN SARA

Untuk makluman umum, tiada sebarang permohonan diperlukan untuk mendapatkan bantuan tambahan ini. Menerusi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bantuan dikreditkan secara automatik kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas.

Jika anda merupakan penerima sedia ada SARA bulanan, pada bulan Ogos ini anda akan menerima bayaran sebanyak RM300. Pemberian bantuan tambahan RM100 ini hanya diberikan secara one-off sahaja.

KADAR BANTUAN TAMBAHAN SARA OGOS MENGIKUT KATEGORI

Untuk rujukan umum, berikut adalah kadar bayaran yang akan diterima mengikut kategori pada bulan Ogos 2025 ;

  • Kategori isi rumah (miskin) : RM200 + RM100
  • Kategori isi rumah (B40) : RM100 + RM100
  • Kategori warga emas (miskin) : RM150 + RM100
  • Kategori warga emas (B40) : RM50 + RM100
  • Kategori bujang (miskin) : RM50 + RM100
  • Kategori bujang (B40) : RM100.

Nota : Bantuan tambahan RM100 ini diberikan secara one-off kepada setiap individu berumur 18 tahun dan keatas. Perlaksanaan bantuan akan bermula pada 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.

Untuk semakan status bayaran SARA anda pada bulan ini, sila layari portal rasmi – https://www.mykasih.com.my/

KESIMPULAN

Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah memperkenal dan melaksanakan pelbagai program bantuan kewangan bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button