BANTUANBantuan KewanganSARASTR

2 Jenis Bayaran Bantuan Akan Dikreditkan Pada Bulan Ogos

2 jenis bayaran bantuan kewangan akan dikreditkan pada Bulan Ogos ini kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Ini adalah inisiatif dari kerajaan untuk meringankan beban kewangan rakyat yang terdiri daripada golongan B40 dan miskin.

Bayaran yang dimaksudkan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Dalam artikel ini, kita akan melihat dengan lebih dekat mengenai kedua-dua jenis bantuan ini.

KATEGORI 2 JENIS BAYARAN BANTUAN OGOS INI

2 JENIS BAYARAN BANTUAN

Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan telah mengumumkan beberapa perlaksanaan program inisiatif bantuan pada tahun 2025. Bagi bulan Ogos ini, penduduk Malaysia akan menerima 2 kali bayaran bantuan iaitu SARA dan STR.

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA adalah bantuan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah untuk menampung perbelanjaan asas. Bantuan ini bertujuan untuk memastikan setiap individu mempunyai akses kepada keperluan harian seperti makanan dan keperluan lain.

Pembayaran ini akan dikreditkan secara terus ke dalam Mykad yang didaftarkan oleh penerima. Amaun bantuan boleh digunakan untuk beli barangan keperluan asas sahaja.

Sebaliknya, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah pemberian tunai kepada mereka yang memerlukan. Bantuan ini dijadualkan untuk memberikan sokongan kewangan kepada golongan B40, M40 dan miskin.

STR bukan sahaja meringankan beban kewangan, tetapi juga memberikan sedikit kelonggaran kepada penerima untuk mengurus pelbagai perbelanjaan lain. Pembayaran STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

KADAR BAYARAN BANTUAN STR & SARA OGOS INI

Bagi Sumbangan Asas Rahmah, pengkreditan secara berperingkat akan dilaksanakan pada 1 Ogos 2025. Berikut adalah kadar bayaran yang akan dikreditkan pada bulan hadapan mengikut kelayakan setiap kategori ;

  • RM200 : isi rumah miskin
  • RM100 : isi rumah B40
  • RM150 : Warga emas miskin
  • RM50 : Warga emas B40 dan Bujang.

Manakala bagi Sumbangan Tunai Rahmah pula, pembayaran akan dilaksanakan selewat-lewatnya hujung bulan Ogos 2025. Kadar bayaran STR bagi bulan Ogos mengikut kategori masih belum dimaklumkan.

Segala maklumat terkini dan semakan secara langsung, anda boleh layari portal rasmi – https://bantuantunai.hasil.gov.my/ . Pihak kami akan kemaskini selepas pengumuman dari pihak Kementerian Kewangan.

INFO LEBIH BANTUAN

Kerajaan telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insetif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button