Bantuan Am Persekutuan RM350 Sebulan : Kelayakan Memohon

Bantuan Am Persekutuan RM350 sebulan adalah inisiatif penting daripada kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan. Program ini dilancarkan untuk memberikan sokongan kepada mereka yang berhadapan dengan kesukaran kewangan, terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
INISIATIF BANTUAN AM PERSEKUTUAN RM350
Tahukah anda, terdapat sebuah inisiatif bantuan yang boleh dimohon pada tahun ini disediakan dibawah Belanjawan 2025. Program bantuan Am Persekutuan (BA) adalah sebahagian insentif bantuan bulanan untuk rakyat yang memerlukan.
Untuk layak memohon Bantuan Am Persekutuan, individu perlu memenuhi beberapa kriteria. Mereka yang berpendapatan rendah, terutamanya dalam kalangan isi rumah, akan menjadi penerima utama.
Selain itu, mereka yang tidak mampu bekerja kerana masalah kesihatan atau telah kehilangan pekerjaan juga boleh memohon. Ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk memastikan tiada rakyat yang tertinggal dalam memperolehi bantuan sewajarnya.
Kadar bantuan adalah bernilai RM100 hingga RM350 sebulan untuk individu dan keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan. Program Bantuan Am ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
SIAPA LAYAK MOHON BANTUAN AM PERSEKUTUAN?
Program bantuan Am Persekutuan 2025 dibuka kepada golongan yang memenuhi kriteria syarat kelayakan seperti berikut ;
- Warganegara – Pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia
- Pendapatan – Gaji isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
- Kategori – Keluarga yang memerlukan, terjejas dan tidak diliputi mana-mana bantuan JKM yang lain.
PANDUAN MEMOHON BANTUAN AM
Proses permohonan Bantuan Am Persekutuan adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian. Pemohon perlu mengisi borang yang disediakan dan menyerahkan dokumentasi yang diperlukan.
Setelah permohonan diluluskan, bantuan RM100 – RM350 sebulan akan disalurkan kepada penerima melalui kaedah yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Dengan langkah-langkah ini, diharapkan lebih ramai warga Malaysia akan menerima sokongan yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan mereka.
Panduan memohon bantuan am adalah seperti dibawah ;
- Layari laman web rasmi – eBantuan JKM
- Pilih bahagian ”bantuan & syarat pemberian bantuan”
- Pilih jenis bantuan yang bersesuaian
- Ikuti arahan permohonan sehingga selesai
- Hantar borang permohonan berserta dokumen penting yang diperlukan
- Selesai.
Setiap pendaftaran permohonan akan melalui proses penilaian bagi menentukan pemohon benar-benar layak menerima bantuan.
LEBIH INFO BANTUAN
Sepanjang tahun ini kerajaan telah sediakan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – CEK DISINI sebagai rujukan.