Program Bantuan EDompet RM3600 Setahun Untuk Keluarga B40

Program bantuan edompet RM3600 setahun, yang disediakan melalui inisiatif kehidupan sejahtera Bingkas Selangor. Perlaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga B40.
Dengan pelaksanaan program bantuan khas ini, lebih daripada 30,000 keluarga dijangka akan mendapat manfaat.
MANFAAT PROGRAM BANTUAN EDOMPET RM3600
Kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program bantuan kehidupan sejahtera Bingkas. Apa yang menarik adalah program ini dibuka kepada golongan B40.
Kepada pemohon yang layak, bantuan bulanan sebanyak RM300 akan disalurkan, menjadikannya RM3600 setahun. Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam usaha memperkukuh ekonomi keluarga yang memerlukan.
Penggunaan edompet juga memudahkan proses pengeluaran dan penggunaan bantuan kewangan, menjadikannya lebih efisien dan mudah diakses. Penerima bantuan bingkas boleh gunakan amaun bantuan untuk beli barangan keperluan di pasaraya berdaftar.
Manfaat sertai program Bingkas 2025 ;
- ewallet/ edompet bingkas boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar seluruh Selangor
- Urusan urusniaga mudah secara tanpa tunai (kad ewallet bingkas)
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300
- Kadar ewallet akan ditambah ke nilai tahap RM300 setiap bulan secara automatik selama setahun.
Nota : Setiap penerima perlu habiskan baki nilai bagi bulan terdahulu kerana amaun baki tidak akan dibawa kebulan berikutnya.
SIAPA LAYAK MOHON BANTUAN EDOMPET RM3600?
Pendaftaran untuk mendapatkan bantuan ini terbuka kepada keluarga yang berada dalam kategori B40. Proses permohonan adalah sangat mudah dan dilaksanakan secara atas talian.
Dengan adanya program bantuan ini, diharapkan keluarga-keluarga yang memerlukan dapat menikmati kehidupan yang lebih stabil dan sejahtera. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan program Bingkas ;
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan kasar isi rumah dibawah RM5,000
- Keluarga B40 yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun kebawah sekurang-kurangnya 2 orang
- Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
CARA DAFTAR BANTUAN EDOMPET 2025
Kepada yang berminat dan berkelayakan, pendaftaran boleh dikemukakan dengan mudah secara dalam talian. Untuk butiran lengkap dan panduan mohon, sila layari laman web rasmi – BINGKAS 2025
RUJUKAN SELANJUTNYA
Terdapat bermacam lagi program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini untuk penduduk yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan selanjutnya.