BANTUANi-FitriInisiatifProgram Kerajaan

Inisiatif Program I-Fitri : Bantuan Kewangan Sempena Hari Raya

Inisiatif Program I-Fitri adalah bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Terengganu bagi membantu golongan B40 sempena sambutan Hari Raya. Dalam usaha untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh mereka yang kurang berkemampuan, program ini menyediakan bantuan secara one-off sebanyak RM300 untuk pemohon yang layak.

INISIATIF PROGRAM I-FITRI 2025

Objektif utama di sebalik program I-Fitri adalah untuk memastikan bahawa setiap individu dan keluarga dalam golongan B40 dapat merayakan Hari Raya dengan lebih bermakna. Bantuan kewangan ini bertujuan untuk membantu mereka dalam perbelanjaan seperti barangan keperluan harian, persediaan makanan, dan aktiviti lain yang berkaitan dengan perayaan.

Kerajaan berharap dengan pelaksanaan ini, tekanan kewangan yang sering dirasai dapat dikurangkan, sekali gus membolehkan golongan sasaran merasai keriangan Hari Raya. Pemohon yang ingin mendapatkan bantuan melalui program I-Fitri perlu memenuhi syarat tertentu yang ditetapkan.

Proses permohonan biasanya dilakukan secara dalam talian atau melalui pusat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Pastikan anda menyediakan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan mengikut arahan yang diberikan. Bagi yang layak, bantuan RM300 akan disalurkan secara langsung dan pemohon akan menerima notifikasi mengenai kelulusan permohonan mereka.

SYARAT KELAYAKAN INISIATIF I-FITRI 2025

Pihak kerajaan negeri telah menetapkan beberapa syarat kelayakan permohonan bantuan kewangan i-fitri, antaranya seperti berikut :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan bulanan dibawah RM2,500
  • Menetap di negeri Terengganu
  • Berdaftar dalam sistem profil rakyat Terengganu (PRT20)
  • Golongan B40 dan memerlukan.

PANDUAN DAFTAR PROGRAM I-FITRI

Untuk makluman umum, permohonan bantuan hari raya ini dibuka 22 Mac hingga 31 Mac. Pembayaran bantuan ini dijangka akan disalurkan seawal 17 April 2025.

Berikut disediakan langkah-langkah mendaftar permohonan bantuan :

  1. Layari laman rasmi – iBantuan 2025
  2. Sila daftar akaun baharu jika pemohon baharu
  3. Masukan butiran yang diperlukan dan log masuk
  4. Lengkapkan profil (isi maklumat peribadi, tanggungan dan gaji yang tepat)
  5. Muat naik dokumen berkaitan yang diperlukan
  6. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul sebelum menghantar permohonan
  7. Sila cetak salinan permohonan sebagai rujukan.

Nota : Program bantuan i-fitri ini hanya dibuka kepada warga tempatan di negeri Terengganu sahaja. Kepada mereka yang berkelayakan jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan manfaat dari insentif yang ditawarkan secara percuma ini.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan MADANI sepanjang tahun ini. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button