STR Tambahan 2025 : Bantuan RM600, RM900 & RM2,100
STR Tambahan 2025 – Pihak kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan pemberian bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini. Ini adalah bagi memudahkan penerima yang memenuhi syarat untuk mendapatkan bantuan tanpa perlu membuat permohonan baru.
Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga untuk memastikan proses bantuan berjalan dengan lancar.
PROGRAM STR TAMBAHAN 2025
Seperti sedia maklum, perlaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih dari 9 juta penduduk Malaysia. Kepada yang terlepas pandang, penerima STR yang berkelayakan boleh dapatkan bantuan tambahan SARA.
Bantuan tambahan ini diberikan berdasarkan kelayakan dan merangkumi tiga kategori jumlah bayaran, iaitu RM600, RM900, dan RM2,100 setahun. Pemberian ini diberikan secara kredit ke dalam akaun bank para penerima yang telah berdaftar.
Dengan sistem ini, pemindahan dana menjadi lebih mudah dan cepat, serta memperkecilkan risiko penipuan. Untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025, semakan status kelayakan boleh dilakukan secara dalam talian.
Ini memberikan kemudahan kepada penerima untuk mengetahui sama ada mereka layak menerima bantuan ini, dan apabila bantuan tersebut dijadualkan untuk dikreditkan ke dalam akaun mereka secara berperingkat.
Pastikan anda menggunakan laman web rasmi bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini mengenai bantuan tambahan ini.
KADAR BAYARAN STR TAMBAHAN MENGIKUT KATEGORI
Jumlah bayaran bantuan SARA adalah berbeza mengikut kategori kelayakan, berikut adalah kadar yang telah ditetapkan :
- ISI RUMAH B40 : Daftar ekasih (RM2,100) Bukan ekasih (RM900)
- ISI RUMAH M40 : Bukan ekasih (RM900)
- WARGA EMAS : Daftar ekasih (RM1,650) Bukan ekasih (RM450)
- BUJANG : Daftar ekasih (RM600)
Nota : Bagi penerima berdaftar ekasih, bayaran bantuan ini telah mula disalurkan setiap bulan dari Januari sehingga Disember 2025. Manakala untuk penerima bukan ekasih, bayaran dikreditkan akan dimaklumkan pada tarikh yang ditetapkan kelak.
Untuk semakan pantas untuk ketahui sama ada anda layak atau berada dikategori mana, sila layari laman rasmi – MyKASIH 2025
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Terdapat lebih banyak lagi kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.