Pendaftaran Program Matrikulasi KPM Sesi 2025/2026 Dibuka
Pendaftaran program matrikulasi KPM bagi sesi 2025/2026 akan dibuka mulai Ahad ini untuk seluruh Malaysia. Ini adalah peluang terbaik bagi pelajar SPM tahun 2024 yang layak untuk memulakan langkah seterusnya dalam pendidikan mereka.
PENDAFTARAN PROGRAM MATRIKULASI KPM
Program ini ditawarkan kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran sebelum memasuki universiti. Permohonan fasa 1 akan dibuka dari 1 Disember 2024 sehingga 28 Februari 2025.
Oleh itu, pelajar disarankan agar mempersiapkan semua dokumen yang diperlukan untuk memastikan proses permohonan berjalan dengan lancar. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menekankan pentingnya memastikan semua maklumat pelajar adalah tepat dan lengkap semasa proses pendaftaran ini.
KEMASKINI PROGRAM MATRIKULASI KPM
Pihak Kementerian pendidikan (KPM) juga memaklumkan bahawa permohonan bagi fasa kedua serta proses kemaskini maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.
Pelajar yang ingin mengemas kini maklumat mereka atau memohon bagi fasa kedua perlu mengambil perhatian tentang tarikh-tarikh penting dalam kalendar pendidikan ini. Dengan persediaan awal dan kesedaran tentang proses pendaftaran matrikulasi, pelajar akan dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang pendidikan yang ditawarkan.
PENDAFTARAN PERMOHONAN FASA 1
Bagi pelajar lepasan SPM yang berminat, permohonan boleh dikemukakan secara online melalui laman rasmi – MATRIKULASI KPM sehingga tarikh tutup pada 28 Februari 2025. Keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh bahagian matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM keluar.
Kepada para pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke program Matrikulasi KPM wajib memuat turun dan mencetak surat tawaran dan dokumen pendaftaran. Perkara ini boleh didapatkan melalui laman semakan keputusan tawaran program tersebut.