Inisiatif Payung Rahmah 2025 – Membantu Golongan B40
Inisiatif Payung Rahmah 2025 – Pihak kerajaan Malaysia telah mengumumkan kesinambungan inisiatif Payung Rahmah pada sidang bajet belanjawan. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, terutamanya golongan B40.
Kerajaan berhasrat untuk membantu kumpulan ini dalam menghadapi isu kos sara hidup yang semakin meningkat. Pelbagai tawaran program disediakan melalui inisiatif payung rahmah pada tahun 2025.
INISIATIF PAYUNG RAHMAH 2025
Inisiatif Payung Rahmah bukan sahaja sekadar satu program, tetapi terdiri dari beberapa inisiatif khas yang merangkumi Menu Rahmah, Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Rahmah, dan Kafe Rahmah. Kesemua program ini dirancang untuk memberi sokongan kepada golongan yang berpendapatan sederhana dan memudahkan akses kepada barangan serta perkhidmatan yang lebih terjangkau.
Kerajaan telah meningkatkan peruntukan untuk inisiatif ini kepada RM300 juta bagi tahun 2025, berbanding RM200 juta pada tahun 2024. Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk melestarikan inisiatif tersebut demi kebajikan rakyat.
Idea asal inisiatif Payung Rahmah ini dicetuskan oleh mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub. Diharapkan dengan pelaksanaan inisiatif ini, semua lapisan masyarakat, terutamanya golongan B40, dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Dengan adanya program seperti ini diharapkan orang awam dapat menggunakan manfaat yang disediakan secara percuma ini. Untuk rujukan penuh dan maklumat lengkap sila kunjungi laman rasmi – KPDN PAYUNG RAHMAH sebagai panduan umum.