Bayaran STR Fasa 4 Dikreditkan Khamis Ini – Cek Segera
Bayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan secara berperingkat seluruh negara bermula minggu hadapan pada hari khamis. Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam menyokong rakyat Malaysia di tengah situasi ekonomi yang mencabar.
BAYARAN STR FASA 4
Pemberian bantuan tunai STR ini dijadualkan untuk memberi bantuan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Inisiatif sumbangan tunai rahmah pada bulan ini melibatkan tiga kategori utama iaitu bujang, warga emas, dan isi rumah.
Setiap kategori telah ditentukan kadar untuk memastikan bahawa bantuan sampai kepada mereka yang paling memerlukannya. Dengan mekanisme yang jelas dan efektif, penerima dalam setiap kategori dapat menikmati manfaat yang diperuntukkan.
Pembayaran akan dilakukan secara kredit ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat sehingga selesai. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pilihan untuk menebus tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) akan disediakan.
Ini memastikan bahawa semua individu yang layak dapat menerima bantuan yang diumumkan tanpa sebarang kesulitan. Dengan proses yang sistematik ini diharapkan bantuan ini dapat disampaikan dengan lancar dan efisien.
KADAR BAYARAN STR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI
Untuk makluman umum, kementerian kewangan telahpun memaklumkan jumlah bayaran yang akan dikreditkan kepada rakyat Malaysia mengikut kategori seperti di bawah :
- Warga emas : RM150 seorang
- Bujang : RM100 seorang
- Isi rumah : RM100 hingga RM700 (Kadar ditentukan mengikut gaji dan bilangan anak)
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR
Seluruh rakyat Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran secara online. Untuk cek wang bantuan sudah masuk atau belum, sila layari laman rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Bukan itu sahaja, sepanjang bulan November ini kemaskini maklumat dan permohonan baharu bagi STR 2025 telah dibuka. Kalian boleh mengemaskini maklumat terkini jika belum pernah kemaskini selama 3 tahun berturut-turut.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak jenis kemudahan berunsurkan inisiatif bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.