Pemberian Bantuan STR Fasa Akhir : Semakan Status & Jadual
Pemberian Bantuan STR Fasa akhir yang akan dilaksanakan tidak lama lagi bakal menutup program ini bagi sesi 2024. Bantuan sumbangan tunai Rahmah adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan membantu golongan B40 & M40.
PEMBERIAN BANTUAN STR FASA AKHIR
Pada bulan November ini, pengagihan fasa akhir bantuan tersebut akan bermula secara berperingkat kepada kategori isi rumah, bujang dan warga emas di seluruh negara. Untuk makluman, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah ini memberi manfaat kepada lebih 9 juta penduduk Malaysia.
Fasa keempat pengagihan bantuan tunai ini akan melibatkan semua kategori penerima. Antara kategori yang layak adalah belia bujang, warga emas, dan isi rumah.
Kadar bayaran ditentukan mengikut syarat kategori dan bilangan tanggungan bagi setiap keluarga. Ini adalah langkah penting dalam memastikan bantuan tepat pada sasaran dan memberikan impak positif kepada masyarakat.
Dengan adanya bantuan sumbangan tunai ini, diharapkan lebih ramai individu dan keluarga akan merasakan sokongan kerajaan dalam mengharungi kehidupan seharian. Proses pengagihan yang akan berlangsung secara berperingkat ini adalah satu usaha untuk memastikan bahawa setiap bantuan yang diberikan sampai kepada mereka yang memerlukan.
JADUAL BAYARAN BANTUAN STR MENGIKUT FASA
Menteri Kewangan telah memaklumkan jadual rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2024 mengikut fasa seperti di bawah :
- STR Fasa 1; 29 Januari 2024
- STR Fasa 2; 3 April 2024
- STR Fasa 3; 29 Ogos 2024
- STR Fasa 4; November 2024.
Setiap fasa melibatkan kadar bayaran yang berbeza tertakluk kepada kategori dan pendapatan bulanan. Pendaftaran baharu dan kemaskini maklumat terkini STR dibuka sepanjang tahun ini kepada rakyat Malaysia.
SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR 2024
Bagi pengetahuan umum, penduduk Malaysia boleh membuat semakan status bayaran setiap fasa secara online. Untuk semak status terkini bayaran atau pendaftaran baharu, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024
MAKLUMAT LANJUT
Selain STR, terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.